WILDAN | 11

2.3K 179 5
                                    

Ruang tamu yang selalunya sunyi gamat dengan bunyi ketawa bayi diselangi suara orang dewasa.

"Cak!"

Ketawa Dayyan bergema lagi. Tangannya tergawang-gawang ke udara, mahu menyentuh muka Ciksunya.

Alisa memegang tangan tembam itu sebelum jarinya digigit perlahan. Geram!

"Bba..ba..," omel Dayyan.

"Dayyan cakap apa sayang? Ciksu tak faham lah," tanya Alisa walaupun tahu Dayyan tidak akan menjawabnya.

"Ba..bba...bba," katanya lagi. Tangannya dihulurkan, minta diangkat.

"Siapa nak angkat dia?" usik Alisa. Tangan Dayyan tidak disambut.

"Aaa...bba!" marah Dayyan. Mukanya berkerut. Alisa tergelak.

"Ooo.. marah Ciksu ya? Tak maulah angkat dia. Babai," usiknya lagi sebelum berpura-pura bangun.

Dayyan mula tersebik-sebik. Bibirnya dicebik sedih. Matanya pula mula berkaca-kaca. Tak mahu ditinggalkan.

Alisa yang melihat pula tidak sampai hati melihat. Tubuh kecil yang tembam dan semangat itu diangkat sebelum dipeluk.

"Alololo, Ciksu gurau je, sayang. Menangis pula dia," pujuk Alisa. Pipi montel yang kemerahan itu diciumnya sekilas.

Dayyan terkebil-kebil memandang ibu saudaranya itu. Lama dia diam sebelum pipi Alisa dicucuk dengan jari kecilnya.

Giliran Alisa pula yang terkebil-kebil. Dah kenapa pula si kecil ini cucuk pipi dia?

"Kenapa Dayyan cucuk pipi Ciksu?" Tanyanya. Tiada jawapan. Dayyan yang sibuk bermain dengan butang bajunya dipandang. Alisa tersenyum. Terasa tua lah pula bila dah ada anak saudara ni.

Dahi Dayyan yang mula berpeluh itu dilap dengan tangannya. Kipas siling dipandang, elok saja berputar. Macam mana boleh berpeluh pula ni?

"Dia memang macam tu, adik. Mudah berpeluh." Tiba-tiba sahaja suara Afiqah kedengaran. Dayyan sudah merengek-rengek apabila ternampak ibunya.

Alisa menyerahkan bayi itu kepada kakak iparnya sebelum membetulkan butang bajunya yang hampir terbuka.

"Macam mana boleh mudah berpeluh, kak?" Tanya Alisa.

"Sebab dekat rumah selalu duduk dalam aircond. Lepas doktor bagitahu aircond tak elok untuk kesihatan baby, terus akak dengan Abang Am tak buka dah," jelas Afiqah. Baju bercorak dinosaur yang dipakaikan kepada Dayyan dibuka supaya anaknya tidak berasa terlalu panas.

Sejak berjumpa dengan doktor sebulan yang lalu, dia dan suaminya tidak lagi menggunakan aircond di rumah. Pada awalnya, Dayyan langsung tak boleh tidur sebab panas, tetapi lama-lama dia sudah terbiasa menggunakan kipas sahaja.

"Ooo," balas Alisa pendek. Dia tidak tahu pula aircond tidak bagus untuk kesihatan bayi. Boleh dijadikan rujukan untuk anaknya nanti. Erk!

"Akak naik dulu, eh? Dayyan nak tidur dah ni," pinta Afiqah. Kepala anaknya sudah terlentok ke bahunya. Mulut kecil yang menguap itu ditutup dengan jarinya.

"Okey, goodnight," balas Alisa. Sempat pipi si kecil itu dicium sebelum kakak iparnya naik ke atas.

Nafasnya dihela sebelum bergerak ke dapur. Hanya ada mamanya di ruangan itu. Figura Puan Faridah sedang membancuh susu itu didekati.

"Hai, ma," tegurnya sebelum duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan kerusi mamanya.

"Hmm. Orang lain dah tidur ke?" soal Puan Faridah. Sunyi sahaja tingkat bawah ini.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now