WILDAN | 17

1.9K 141 8
                                    

  Proton Iriz merah yang dipandu oleh Alisa berhenti di kotak parkir di kawasan lapangan terbang.

   Stereng kereta diketuk-ketuk sambil mulutnya terkumat-kamit mengikut lagu yang diputarkan oleh stesen radio.

   Jam tangan dikerling sekilas. 11.21 pagi. Kapal terbang domestik yang dinaiki oleh Aqila dijadualkan mendarat pada pukul 11.30 pagi.

   Masih ada sembilan minit sebelum waktu pendaratan. Jadi, Alisa memilih untuk menunggu di dalam kereta sahaja. Alisa sudah menghantar mesej kepada kakaknya pagi tadi mengatakan dia akan menunggu di kawasan parkir dan tidak akan masuk ke dalam.

   "I'm sorry but, don't wanna talk..." Telefon bimbit yang diletakkan di kerusi penumpang di sebelahnya diambil.

   Ikon berwarna hijau itu digesek ke tepi untuk mengangkat panggilan.

   "Assalamualaikum, dah sampai ke?" Tanya Alisa sebaik telefon ditekap ke telinga.

   "Waalaikumussalam. Dah sampai dah. Adik park kereta dekat mana? Tak nampaklah," rungut Aqila. Hampir sepuluh minit juga dia berlegar di kawasan parkir kereta itu. Kereta yang banyak menyukarkannya untuk mengecam Proton Iriz adiknya. Waktu pun sudah hampir tengah hari. Semakin panas apabila matahari naik semakin tinggi.

   "Adik parkir dekat dengan pagar. Penuh kereta dekat dalam," jawab Alisa. Kepalanya juga sudah terjengul-jengul memandang sekeliling dari dalam kereta mencari susuk tubuh kakaknya.

   "Okey, adik tunggu situ. Jangan pergi mana-mana," pesan Aqila sebelum memutuskan panggilan.

   Alisa menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg silangnya. Duduknya dibetulkan.

   Seketika kemudian, Alisa ternampak Aqila yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya dengan menarik sebuah bagasi hitam bersaiz sederhana.

   Pintu kereta dibuka sebelum dia keluar dari kereta tersebut. Aqila sudah sampai di tepi keretanya. Tangan kakaknya diambil sebelum dicium.

   "Meh sini luggage," ujar Alisa sebelum menarik bagasi kakaknya dan dimasukkan ke tempat penumpang belakang.

   "Pukul berapa lagi sampai?" soal Alisa sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya. Tali pinggang keledar dipakai sebelum keretanya mula diundur.

   "Tepat-tepat pukul sebelas setengah," balas Aqila. Badannya sudah disandarkan separa baring. Penat.

   Alisa membuat muka kagum. Punctual betul encik pilot.

    "Penat sangat ke?" tanya Alisa sambil tanpa menoleh. Signal diberi apabila tiba di persimpangan jalan. Selepas memastikan tiada kereta, stereng kereta dipulas untuk masuk ke jalan besar.

   "Penat sangat dik. Semalam tidur lambat," jawab Aqila. Semalam dia pulang ke rumah lewat kerana perlu menyiapkan kerjanya sebelum cuti diluluskan.

   Lebih kurang pukul sebelas malam baru dia masuk bilik. Selepas itu, dia tidak terus tidur. Barang untuk dibawa pulang belum dikemas. Disebabkan sikap buat kerja last minute itu, dia hanya boleh tidur selepas jam tiga pagi.

   "Packing last minute lagi?" Tebak Alisa. Dia tahu sangat kakaknya ini. Dulu pun dia begitu juga, tetapi semakin berubah apabila semakin dewasa.

   "Pandai," jawab Aqila sebelum menguap. Mengantuk betul. Perjalanan selama setengah jam ke rumah ini akan digunakan untuk qada balik tidurnya yang tak cukup semalam.

   "Tak nak singgah mana-mana?" Tanya Alisa.

   "Tak mahu. Ngantuk," balas Aqila sebelum kepalanya disengetkan ke kiri. Matanya sudah dipejam.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now