WILDAN | 53

1.8K 149 14
                                    

   Bahagian sabun dan syampu didekati. Botol syampu jenama Pantene diambil lalu dimasukkan ke dalam bakul di tangan. Kemudian, sabun Lux pula dicari.

   Dalam memilih-milih barang mandian untuk dibuat stok sebulan, tidak semena-mena dia teringatkan lamaran Puan Mardhiah dua hari yang lepas.

   Huh.

   Keluhan berat Alisa lepaskan. Sehingga ke hari ini dia belum memberi apa-apa jawapan. Menolak tidak, menerima pun tidak. Dia masih buntu.

   Istikharah sudah dibuat pada dua malam yang lepas, namun belum ada apa-apa petunjuk untuk membantunya membuat pilihan.

   Alisa takut.

   Takut untuk menerima kerana perkahwinan ini tidak melibatkan perasaan. Dia dan Adam saling tidak ada perasaan antara satu sama lain. Jadi bagaimana mungkin mereka boleh bahagia nanti.

   Mahu menolak pula Alisa tak sampai hati. Aunty Mardhiah sangat baik orangnya. Bersungguh-sungguh wanita separuh abad itu mahu mengambilnya menjadi menantu. Walaupun mereka baru saja kenal, namun Puan Mardhiah sudah berkenan dengan Alisa.

   Haih.

   "Alisa," panggil seseorang dari belakang.

   Alisa berpaling. Alamak!

   "Encik Fateh," sapanya dengan senyuman ringkas.

   Tersenyum lebar Fateh apabila bertemu dengan gadis idamannya ini. Pemakaian Alisa diperhatikan. Cuma blouse kosong, seluar slack hitam dan tudung sarung. Simple. Gaya nak ke kedai.

   Alisa pula rasa tidak selesa apabila lelaki di hadapannya itu ralit memerhati. Cucuk kang mata tu!

   "Oh, sorry. Awak free tak harini?" Tanya Fateh.

   "Erm, saya....saya...," Alisa cuba mencari alasan. Dah tahu dah ke mana hala tujunya nanti.

   "Don't tell me that you have work today. It's Sunday, Alisa," potong Fateh laju. Dia tetap mahu Alisa keluar dengan dia hari ini. Ada benda penting yang mahu mahu dikatakan.

   Alisa termangu-mangu. Liur ditelan kesat. Memang itulah mahu dicakapnya, tapi hari ini pula hari minggu. Aduh!

   "Please, Alisa. I promise, it won't be long. Minum-minum je," pujuk Fateh. Dia mahu menyelesaikan semuanya sekarang. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati sejak beberapa hari yang lalu. Seperti dia akan kehilangan Alisa.

   Alisa berfikir-fikir dalam kepala. Akhirnya kepala dianggukkan beberapa kali tanda menyetujui.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾


   Kafe tempat pertemuan mereka tempoh hari menjadi tempat perjumpaan mereka hari ini. Kebetulan mart tempat Alisa membeli barangan tadi terletak berhampiran kafe ini.

   Tempat duduk di tepi dinding lut sinar menjadi pilihan. Kedudukan meja yang agak tersorok dengan tiang menjadikan tempat itu strategik untuk berbincang tanpa didengari pelanggan lain.

   "Jadi, apa yang encik nak cakap?" Soal Alisa sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk du atas kerusi secara berhadapan. Dia mahu semuanya diselesaikan dengan cepat.

   Fateh mengetap bibir.

   "Alisa," panggilnya lembut.

   Alisa mengangguk.

   "Awak tahu kan perasaan saya kepada awak?" Tanya Fateh secara direct.

   Alisa tergamam. Dia menarik nafas sebelum mengangguk sekali lagi. Ya, dia tahu.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now