WILDAN | 51

1.8K 139 16
                                    

"What you see is only the facade of the reality."





   Tok! Tok!

   Bunyi meja diketuk menyebabkan Alisa mengangkat kepalanya. Huh, sampai pun!

   "Assalamualaikum," sapa Fateh. Kerusi di hadapan Alisa ditarik lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi itu.

   "Waalaikumussalam," jawab Alisa. Tangan yang terlindung di sebalik meja itu digenggam erat. Berdebar-debar.

   "Am I late?" Soal Fateh. Jam tangan dikerling. Oof, shoot! Jarum jam sudah menghampiri angka 4 manakala jarum minit tepat-tepat pada angka 10.

   Lewat 50 minit. Sepuluh minit lagi mahu masuk pukul empat. Sangat, awal.

   "Agaklah," jawab Alisa. Rasa nak marah juga sebenarnya apabila lelaki itu lewat sedangkan lelaki itu yang berjanji untuk berjumpa pada pukul tiga petang ini.

   Fateh menggaru kepala yang tidak gatal. First impression pun sudah gagal guane kira?

   "Maaflah, saya singgah masjid tadi solat Zuhur. Jalan pula jammed. Dah lama ke awak tunggu?" Tanyanya serba salah. Melihatkan dua gelas yang sudah kosong itu membuatkan rasa bersalahnya semakin menggunung.

   Selalunya Fateh memang seorang yang sangat alert dengan masa. Sangat punctual dan tidak suka orang menunggunya. Namun hari ini memang dia tak sengaja sangat-sangat.

   Kesian awek saya.

   Ehem!

   "It's okay. Tak adalah lama sangat." Senyuman palsu Alisa ukirkan. Tak lama lah sangat! Dia sudah tiba di kafe ini dari pukul 2.50 tadi lagi. Membawa maksud sudah cukup satu jam dia menunggu si jejaka di hadapannya ini.

   Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Rasanya sesuai kut nak gunakan peribahasa itu sekarang, cuma bezanya situasinya sekarang cepat atau lambat sahaja, tetapi peribahasa itu pula memang sah-sah mustahil untuk berlaku.

   Habis dua gelas tinggi iced lemon tea dan sepotong kek Red Velvet dijamah dalam sejam itu. Bateri telefon yang sebenarnya masih full semasa mula-mula sampai pun hanya tinggal 30% sahaja sekarang.

   "Oh, okay then," balas Fateh pendek.

   Senyap.

   Kejanggalan mula melanda. Kedua-duanya tidak tahu mahu memulakan perbualan mereka dari mana.

   "So.."

   "Saya.."

   Serentak Alisa dan Fateh bersuara.

   "Encik cakap dulu," kata Alisa.

   "No, awak cakap dulu," cadang Fateh pula.

   "Eh, tak apa. Encik dulu."

   "Ladies first."

   "Men first." Masih tidak mahu mengalah.

   "Alisa..."

WILDAN ✓Where stories live. Discover now