WILDAN | 56

1.9K 143 28
                                    


┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓

IV: Miracle II
—Truth

┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛


Tiga minggu sudah berlalu sejak hari Alisa menemui Puan Mardhiah. Dua minggu lepas Puan Mardhiah dan beberapa orang saudara maranya serta Mellisa dan  Natasha telah menghantar rombongan meminang ke kampung Alisa sekaligus mengikat gadis itu menjadi tunang Adam.

   Ya, Alisa sekarang tidak lagi single dan available seperti dahulu. Dia sudah bertunang seminggu yang lalu. Majlis tunang juga hanya dibuat kecil-kecilan sahaja atas permintaan Alisa sendiri.

   Jari manis yang tersarung cincin ditatap lama.

   Huh.

   Keluhan Alisa lepaskan.

   Namanya saja sudah bertunang, namun Alisa tidak merasakan apa-apa perbezaan pun dengan waktu sebelum bertunang.

   Dalam waktu tiga minggu sejak kejadian Adam menyelamatkannya daripada perompak tempoh hari, tidak sekalipun mereka berhubung. Berhubung melalui telefon pun tidak pernah, apatah lagi berjumpa.

   Alisa tidak ambil hati, sudah sedia maklum dengan perangai Adam yang tidak berapa kisahkan orang sekeliling. Itu yang Mellisa beritahu apabila Alisa mendapat tahu bahawa Adam ke luar negara dua minggu lepas.

   Ya, tunangnya, Adam berada di luar negara semasa majlis pertunangan mereka minggu lepas.

   Namun Alisa tak kisah pun kerana Adam memang seorang yang sibuk. Lelaki itu pun sudah memaklumkan perkara itu dahulu.

   Dia tahu Adam sibuk bekerja. Namun kerja apa yang dia tidak tahu. Cuma yang dia tahu Adam bekerja dengan walidnya di luar negara.

   Patutlah lelaki itu jarang ada di rumah.

   Okay, habis cerita tentang Adam.

   Sekarang ini, Alisa sedang berjalan menuju ke tempat beberapa orang wanita sebayanya yang sedang berborak.

   "Assalamualaikum," sapanya ceria.

   Ketiga-tiga wanita itu berpaling lalu menjerit teruja.

   "Alisa!"

   "Lisa!"

   "Lisa!"

   Alisa teruja menyalami kawan-kawannya itu. Seorang demi seorang disalam dan berlaga pipi. Tiba di hadapan makhluk pendek bernama Isabella, terus sahaja tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.

   "Sasa! Yindunya!" Jerit Bella teruja. Kiri kanan pipi Alisa dilaga dengan pipinya.

   "Dah, dah! Kesian anak kau tersepit tu," tegah Alisa seraya menolak perlahan tubuh ibu mengandung itu.

   "Ops! Terlupa," kata Bella sebelum tangan naik memegang perut. Maaf ya, baby? Mama excited tadi!

   Tersenyum Alisa yang melihat. Tangannya juga naik menyentuh perut yang memboyot itu.

   Tup!

   Membulat mata Alisa teruja.

   "Bell, baby kau tendang!" Jerit Alisa perlahan. Tangan yang diletakkan di atas perut Bella tadi ditatapnya dengan rasa tidak percaya. Masa Kak Afiqah dengan Kak Hanna pregnant pun dia tak pernah pegang perut mereka.

   "Udah-udah ler tu berdiri Lisa oi. Bella pun, ingat-ingat sikit kau tu mengandung," bebel Laila. Dari tadi melihat dua rakan karib itu membuat jejak kasih di tengah restoran. Tak malu ke orang tengok?

WILDAN ✓Where stories live. Discover now