WILDAN | 36

1.8K 143 7
                                    

   Alisa memulas stereng ke kanan memasuki kawasan perumahan Aliff. Keretanya diparkir di tepi pagar kelabu yang mengelilingi rumah abangnya itu. Enjin kereta dimatikan sebelum badannya dibawa keluar dari kereta tersebut.

   Baru sahaja selangkah kakinya memasuki halaman rumah tersebut, seekor kucing baka British Short Hair datang menggesel di kakinya. Alisa bingkas menunduk lalu kucing kelabu itu diangkat.

   "Hai, Dash. Rindu Lisa, tak?" Soalnya kepada kucing kelabu itu.

   Sebagai jawapan, Dash mengiau lembut sebelum menggesel badannya pada lengan Alisa. Alisa mengusap lembut kepala kucing peliharaan abangnya itu sebelum berjalan ke pintu rumah yang terbuka.

   "Cicuuu!" Teriak seorang kanak-kanak perempuan dari dalam rumah.

   Alisa melepaskan Dash ke lantai sebelum mendepa tangannya. Anak saudaranya, Aleena berlari memeluknya.

   "Hello, big girl. Abi mana?" Tanyanya. Tubuh kecil Aleena didukung sebelum memasuki rumah itu.

   "Abi cook!" Jawab Aleena teruja. Dah lama tak jumpa ibu saudaranya itu.

   "Iya? Umi?"

   "Emm, umi..." Aleena senyap. Matanya melingas ke sekeliling rumah, mencari uminya sebelum memandang mata Ciksunya. Matanya yang bulat terkelip-kelip.

   "Nana tatau!" Jawabnya sambil tersengih. Sememangnya Aleena lebih rapat dengan Aliff berbanding uminya.

   Alisa menggelengkan kepalanya.

   Tubuh kecil itu diletak di atas sofa sebelum duduknya dilabuhkan di tepi Aleena. Televisyen yang terbuka itu dipandangnya penuh minat. Pada Zaman Dahulu. Salah satu siri animasi kegemarannya sejak kecil hingga sekarang.

   Aleena yang sedang menghisap botol susu disebelahnya diangkat ke atas riba.

   "Eh, adik! Bila sampai?" Suara Aliff dari belakang menyebabkan Alisa berpaling. Dilihatnya abangnya di muka pintu dapur dengan sudip di tangan.

   Alisa meletakkan Aleena ke atas sofa sebelum bangun dan mendekati abangnya. Tangan kanan Aliff diambil lalu dicium.

   "Baru sampai. Tapi pintu tak tutup. Bahayalah, Aliff," tegurnya. Sudahlah pintu pagar pun tidak dikunci, pintu rumah pula tidak ditutup.

   "Iya? Aliff tak perasan lah pula. Maybe Hanna yang buka tadi," jawab Aliff. Dia sibuk menyediakan juadah makan malam di dapur sejak pukul empat setengah lagi.

   "Kak Hanna pergi mana?" Tanya Alisa sambil mengikuti langkah abangnya ke dapur. Penutup periuk keluli di atas dapur gas dibuka. Uish! Sup daging!

   "Dia pergi rumah jiran depan tu kejap. Hantar kain untuk jahit apa entah," jawab Aliff. Sudip di tangannya diletakkan di atas pinggan.

   Laju sahaja tangan Alisa mencapai sudip itu lalu mencedok sedikit sup daging di dalam periuk.

   Pap! Tangannya dipukul.

   "Sakitlah Aliff!" Rungutnya.

   "Bertuah punya budak. Siapa ajar makan macam tu? Tak pandai ambil sudu ke?" Bebel Aliff. Sudu di dalam laci diambil lalu diberi kepada Alisa.

   Alisa tersengih malu. Maaflah, lapar sangat.

   "Emm, sedapnya!" Pujinya selepas sup itu disuap ke dalam mulut. Memang abangnya seorang yang sangat pandai memasak, cuma malas memasak di rumah ibu bapa mereka.

   Aliff tersenyum bangga. "Well, I know," balasnya bangga.

   Alisa membuat muka. Riak!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now