WILDAN | 20

2K 141 9
                                    


┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓

II: Tragedy

┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛



[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Matanya yang terasa berat dibuka perlahan-lahan. Cahaya yang masuk ke dalam retina matanya secara mengejut menyebabkan Alisa menutup kembali matanya yang terasa silau. Pedih!

   Setelah memejam celikkan matanya beberapa kali, barulah matanya boleh dibuka sepenuhnya.

   Persekitarannya dipandang. Macam bilik. Tetapi hanya ada satu lampu di siling, tanpa kipas. Dan satu-satunya perabot yang ada di dalam bilik kecil ini ialah kerusi kayu yang didudukinya kini.

   Lama Alisa memproses apa yang berlaku. Matanya terkelip-kelip sebelum membesar tiba-tiba. Dd-dia...diculik?!

   Alisa meneguk liur yang terasa kelat. Tangannya yang diikat di belakang kerusi cuba ditarik namun tidak berjaya. Ikatan tali tersebut terlalu kemas. Apatah lagi Alisa memang fail bab-bab membetulkan tali yang berselirat atau benda-benda yang seangkatan dengannya. Lagi-lagi earphones!

   Jantungnya berdegup kencang. Takut! Sangat takut!

   Dia di mana sekarang? Masih di Phuket atau sudah dibawa ke tempat lain? Memikirkan dia berada di bawah tawanan penculik, Alisa mula rasa nak menangis.

   Ruangan bilik yang terasa bergerak mengejutkannya. Gempa bumi pula ke? Mama!!!

   Alisa cuba berdiri pula. Hampa. Kakinya turut diikat pada kaki kerusi kayu tersebut.

   Takut! Menyesal tak patah balik ke pasar malam itu cepat-cepat. Jika tidak, pasti hal ini tak akan terjadi! Dia tak akan diculik!

   Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan Alisa. Matanya diangkat memandang gerangan yang menculiknya.

   Tiga orang lelaki bertubuh sederhana masuk ke ruangan kecil itu. Seorang daripada mereka mendekati Alisa sebelum bertinggung di hadapannya. Alisa memandang tajam  lelaki tersebut.

   "What do you want?!" Tengking Alisa. Dia tak tahu apa salah dia, tiba-tiba diculik oleh orang jahat.

   "Me? You won't even dare to know," balas lelaki di hadapannya sinis. Tangannya naik mahu mengelus pipi Alisa sebelum Alisa melarikan pipinya. Jijik!

   Lelaki itu tergelak sinis. Matanya ditajamkan ke arah Alisa.

   "You will know once we reach our destination. In the meantime, please enjoy the cruise," kata lelaki itu sebelum bangun dan melangkah pergi.

   Alisa tersenyap. Cruise? Dia berada di dalam kapal ke sekarang? Atau bot? Mahu pergi ke mana?

   "Oh! By the way..." Lelaki itu berhenti di ambang pintu sebelum berpaling ke arah Alisa."My name is Draco," sambungnya sebelum melangkah pergi diikuti  dengan konco-konconya. Salah seorang daripada mereka mengunci pintu itu dari luar.

   "Wait! Wait!" Jerit Alisa. Dia mahu bergerak namun tersekat dengan adanya ikatan pada tangan dan kakinya.

   Alisa terhenyak di kerusi itu. Ke mana mereka mahu bawanya? Memikirkan pelbagai kes jenayah yang sentiasa didengari dalam berita membuatkannya kecut perut.

   Apa yang mereka mahu buat padanya? Untuk dibunuh? Atau dilacurkan? Alisa menangis. Tidak sanggup memikirkan apa-apa kemungkinan. Lebih-lebih lagi kini isu pemerdagangan manusia semakin hangat diperkatakan di seluruh dunia.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now