WILDAN | 58

1.9K 162 10
                                    

Imbas kembali

"Adam!"

Panggilan daripada seseorang membuatkan kepalanya berpaling ke kiri.

Sebaik sahaja melihat gerangan yang memanggilnya tadi, terus bibir menarik senyuman lebar.

"Yow, bro!"

Tangan menjabat tangan lelaki itu sebelum mereka saling berpelukan.

"Ingat tak nak datang," katanya.

"Gila kau tak datang? Dah lama aku tak travel," balas lelaki itu.

Adam tergelak.

"Tulah, aku ajak selalu tak nak ikut. Sibuk sangat buat apa?"

"Banyak kerja la bro. Kau tak apalah budak pandai. Ponteng kelas pun tak affect pointer."

"Mengarutlah kau! Ni, Fateh. Kau bawa tak apa yang aku suruh tu?" Tanya Adam.

Fateh mencebik.

"Bawalah. Buat apa nak pakai mask segala ni?" Soal Fateh ingin tahu. Semalam Adam ada memintanya membeli topeng muka untuk digunakan semasa percutian mereka nanti. Apa fiil entah. Macam geng merompak pun ada.

Adam tersengih senget.

"Saja. Nak buat kelainan sikit," jawab Adam selamba.

Fateh menggeleng. Sepupunya ini tak pernah tak pelik.

Seketika Fateh melilaukan pandangan ke sekeliling.

"Mana yang lain?"

"Dekat hotel. Semua belum bangun lagi. Bersyukurlah aku datang jemput kau ni," ujar Adam. Bagasi milik Fateh diambil sebelum dimasukkan ke tempat duduk penumpang belakang. Selesai, langkah kaki segera dibawa ke tempat duduk pemandu.

Fateh yang melihat segera bergerak ke tempat penumpang hadapan.

"Hoho, lepastu aku kena rasa terharu lah ni?" Kata Fateh sebaik sahaja pintu kereta ditutup.

"Tak."

"Habis tu? Nak suruh aku cakap terima kasih? Alalala, terima kasih ya Abang Adam ku shayang, muah!"

Adam membuat muka jijik. Dah buang tebiat ke budak ni?

"Sebelum aku buang kau ikut tingkap, baik kau jangan buat aksi gay dekat sini ya, babun," Adam memberi amaran.

Fateh mengangkat bahu. Tadi bunyi macam nak penghargaan sangat. Orang dah bagi, dia pula tolak. Dasar tak bersyukur, hmph!

"Korang sampai pukul berapa semalam?" Tanya Fateh selepas beberapa minit berdiam diri.

"Lewat petang juga. Tu yang pakat duk terbongkang dekat hotel tu. Sampai hotel, makan, solat, borak kejap, lepastu semua tidur. Entah apa yang penatnya. Flight dari KL ke sini bukan lama pun," balas Adam. Seratus peratus perhatian diberikan kepada pemanduannya. Walaupun sudah banyak kali ke negara jiran ini, namun dia masih belum membiasakan diri dengan jalan raya di sini.

"Ohhh..."

Fateh mengangguk-angguk sebelum menyandarkan badan pada tempat duduk. Mulut yang terbuka luas ditutup dengan tangan menahan kuapan.

"Kalau kau mengantuk, tidurlah dulu. Lagi setengah jam nak sampai hotel ni. Dengan jam macam ni, rasanya nak dekat sejam juga sampai ni," kata Adam.

Fateh hanya mengangguk sebelum menutup mata. Sangat mengantuk kerana tidak cukup tidur. Malam tadi dia hanya tidur selama dua jam kerana jadual penerbangannya di awal pagi.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now