WILDAN | 34

1.9K 177 24
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   "Wildan. Nama sebenar aku, Wildan."

   Alisa terdiam. Jadi itulah nama sebenar penyelamatnya. Selama ini disangka nama Fateh itulah nama lelaki itu, tetapi rupanya helah semata.

   "Alisa," panggil Wildan.

   Kepala enggan diangkat. Malu entah kenapa.

   "Hey, girl. Aku panggil ni," panggil lelaki itu sekali lagi.

   Selepas itu barulah Alisa memanggung kepalanya menentang pandangan tajam Wildan.

   Wildan.

   "Maaf kalau kau rasa tertipu. Aku bukan sengaja nak tipu kau, cuma keadaan tak mengizinkan," terang Wildan sesungguh hati.

   Alisa masih diam namun matanya tetap memandang mata tajam Wildan.

   "Kalau kau rasa pelik panggil Wildan, kau boleh go on panggil aku Fateh. Aku tak kisah," ujar Wildan.

   "Bukan," sepatah Alisa membalas.

   Wildan berkerut kening.

   "Apa yang bukan?" Soalnya.

   "Bukan saya tak nak panggil awak Wildan. Saya cuma speechless, tak tahu nak cakap apa," jelas Alisa.

   "Tch, kau ni. Ingat apalah," keluh Wildan. Saja buat saspens.

   "Lagipun..." Alisa menggigit bibirnya. Malu hendak menyambung ayatnya.

   "Lagipun?" Tanya Wildan. Apa yang lagipun?

   "Umm, um... tak ada apalah!" Dalih Alisa. Mata dikalih ke arah selain mata lelaki itu.

   "Baik kau cakap cepat. Aku geram betul orang cakap sepatah-sepatah ni," gesa Wildan. Susah sangat nak beritahu.

   Alisa menelan liur. Garangnya ini orang!

   "Urm, lagipun... na-nama tu... cantik," tutur Alisa perlahan. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Pipi terasa kebas menahan malu. Macam confess lahai.

   Sejenak Wildan terkedu. Tak expect itu yang keluar.

   Lama dia terdiam sebelum menarik senyuman lebar di sebalik topeng yang dipakainya.

   "You think so?" Tanyanya separuh mengusik.

   Alisa mengangguk malu-malu. Sejak bila seorang Alisa kuat blushing? Ya Allah! Terasa gedik la pula!

   Semakin melebar senyuman Wildan. Rasa sangat istimewa pujian itu. Walaupun bukan kali pertama namanya dipuji, namun pujian Alisa terasa lebih bermakna.

   The feeling when your crush complimented you, who doesn't have butterflies in the stomach, right?

   "Nama kau pun cantik. A. Li. Sa. Entahlah kenapa, tapi bagi aku nama kau cantik sangat. Simple but has its own class. Calming. Tak berbelit lidah nak sebut. And..." Wildan menyengetkan bibirnya sebelum menyambung. "...senang nak lafaz masa akad nikah.

   Ayat terakhir itu dibisik perlahan seolah-olah tidak mahu Daniel yang ada bersama mereka turut mendengar.

   Laju Alisa menarik kepalanya ke belakang. Mata membulat besar. Gurauan apakah ini?

   "Me-mengarut!" Marah Alisa. Padahal hati dah berbunga. Hmm.

   Wildan hanya membalas dengan ketawa mengejek. Dilihatnya  muka Alisa yang cemberut menahan geram. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihela perlahan. Dia mahu melihat wajah itu sepuasnya. Mereka perlu berpisah selepas ini. Alisa dengan hidupnya. Dan dia, dengan hidupnya.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now