WILDAN | 07

2.7K 162 0
                                    

Laptop jenama Asus itu ditatapnya sambil tangan menongkat dagu. Bosan. Satu-persatu video di Youtube dibuka sehingga tiada apa lagi yang menarik untuk ditonton.

Laman itu ditutup. Buka pula games. Lebih kurang lima minit bermain, dia sudah bosan. Dah selalu sangat main, naik muak jadinya. Akhirnya laptop itu ditutup.

Sudah hampir sejam Alisa menunggu di kafe untuk berjumpa dengan kawan baiknya semasa di sekolah menengah, Sarah. Sejak kebelakangan ini, mereka jarang berjumpa atas sebab masing-masing sibuk.

Jam dinding berkali-kali dikerlingnya.

'Kenapa lambat sangat dia ni?' keluh Alisa.

Benarlah, penantian itu satu penyeksaan. Yang ditunggu tak akan rasa apa-apa, tetapi yang menunggu itu pula sudah panas punggung menanti selama sejam.

Alkisahnya, selepas tamat kelas pagi tadi, Sarah menghantar mesej kepadanya dan mengajak Alisa berjumpa di kafe berdekatan kampus mereka. Waktu yang dijanjikan adalah pada pukul sebelas pagi tetapi sekarang sudah hampir jam 12 tengah hari. Janji Melayu betul!

Seketika kemudian, kedengaran bunyi kerusi ditarik. Kepalanya diangkat untuk melihat gerangan di hadapannya.

"Sesat ke?" soal Alisa sinis.

Sarah tersengih. Rasa bersalah kerana datang lambat sedangkan dia yang mengajak untuk berjumpa.

"Maaf lah weh aku lambat. Serius tak sengaja. Kelas habis lambat tadi. Lepastu aku pergi bookstore beli notepad. Ramai pula beratur kat kaunter," jelas Sarah. Plastik berisi notepads yang dibeli tadi diangkat. Memang dia tidak sengaja datang lambat.

"Dahlah, duduklah. Aku tak order apa-apa lagi," kata Alisa.

"Dah lama ke kau sampai?" tanya Sarah sebaik sahaja melabuhkan duduk di atas kerusi.

"Sejam yang lepas," balas Alisa selamba. Keningnya diangkat tinggi. Kau rasa?

"Weh! Seriuslah? Tapi macam lah tak biasa kan?" kata Sarah. Tadi rasa bersalah tapi sekarang dah tak. Sebab Alisa memang dah masak dengan perangainya.

Alisa menggulingkan matanya.
Dah biasa sangat dah! Lambat tu memang perangai Sarah dari zaman sekolah lagi. Tak pernah nak berubah.

"So, ada apa kau nak jumpa aku harini? Kata sibuk?" soal Alisa terus.

"Eh, takkanlah aku tak boleh jumpa best friend aku ni?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Memang boleh. Tapi kau cakap nak jumpa urgent. Selalu kalau kau nak jumpa kau akan ajak aku masa kita sama-sama free. Kan?" tebak Alisa. Dia tahu ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Sarah. Sudah bertahun berkawan, memang tingkah lakunya boleh diagak.

Sarah menelan liur. Bahayalah kawan dia ni. Pandai meneka. Memang dia ada sesuatu hendak diceritakan kepada Alisa, itu yang hendak jumpa dengan segera. Hatinya tak tenang selagi tidak meluahkan hal ini kepada orang lain. Hanya Alisa yang dipercayainya kerana Alisa memang seorang pendengar yang baik dan amanah dalam menyimpan rahsia.

"Emm, ki..kita order la dulu," dalih Sarah. Dia tidak mahu hilang selera apabila membincangkan perkara itu. Sebaiknya perkara itu diceritakan selepas mereka selesai makan tengah hari.

"Okey. Tapi kau mesti kena cerita lepas ni," tegas Alisa. Dia tahu Sarah ada masalah tetapi memilih untuk memendamkan sahaja perkara itu.

Apa guna dia sebagai kawan baik kalau tidak membantu Sarah? Kalau tidak menyelesaikan masalah tersebut pun, paling kurang dia boleh membantu meringankan beban yang dihadapi Sarah dengan mendengar dan memberikan nasihat yang sepatutnya.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now