WILDAN | 45

2K 156 15
                                    

   Dan selepas itu, tiada lagi perjumpaan dengan Aunty Mardhiah dan keluarganya. Cuma Mellisa yang selalu berbalas mesej dan WhatsApp dengan Alisa. Mereka juga semakin rapat sejak perjumpaan di rumahnya tempoh hari.

   Selasa.

   Hari bekerja seperti biasa. Alisa tiba di klinik awal dari biasa. Pukul tujuh suku dia sudah tiba di pintu masuk klinik.

   "Lisa!" Panggilan Azyyani dari belakang menghentikan langkahnya.

   Alisa menunggu sehingga Azyyani tiba di tempatnya.

   "Awal sampai hari ni?" Soal Azyyani selepas berjaya menyaingi langkah Alisa.

   "Kenapa? Tak boleh?"

   "Eh, kenapa pula tak boleh? Boleh sangat! Barulah aku tak bosan. Ni tidak, selalu ada Idlan je. Dia tu dah lah menyakitkan hati bila bercakap," kata Azyyani.

   Alisa menggeleng kepala. Sudah biasa dengan perangai Azyyani dan Idlan yang selalu bergaduh.

   Mereka tiba di farmasi selepas menanda kehadiran dengan punch card tadi. Kunci dikeluarkan untuk membuka pintu farmasi.

   Alisa masuk lalu bergerak ke mejanya sebelum duduk lalu membuka komputer di atas meja tersebut.

   "Aku nak pergi beli air, kau ada nak apa-apa?" Tanya Azyyani selepas siap mengemas barangnya.

   "Emm, koko panas satu."

   "Alright!" Azyyani kemudiannya keluar dari tempat tersebut untuk membeli air minuman.

   Alisa pula hanya duduk bersahaja di atas kerusinya. Kawasan luar farmasi diintainya. Belum ada pesakit yang datang. Hanya kelihatan para pekerja yang lalu-lalang di sekitar kawasan itu. Semuanya nampak sibuk.

   Tangan mengetuk-ngetuk permukaan meja. Memikirkan masalahnya.

   Masalah? Mungkin lebih sesuai dianggap sebagai persoalan yang membelenggu fikiran.

   Pertama, mengenai kawan baiknya, Sarah. Apa yang akan jadi kepada kawannya itu dengan sepupunya Zaim? Kalau orang lain mungkin akan berfikir bukan masalah mereka untuk difikirkan, namun baginya, dia tidak boleh senyap begitu sahaja. Ini berkaitan dengan kawan baiknya, mana mungkin dia akan berdiam diri. Mungkin dia perlu membantu Sarah.

   Bagaimana jika kejadian itu hanya salah faham semata-mata? Tidakkah kasihan dengan Zaim? Seperti drama Melayu. Di mana watak antagonis memerangkap leading actor dengan cara kotor supaya watak heroin akan meninggalkan hero. Klise, kan? Mana tahu perempuan yang dilihat Sarah dengan Zaim tu, terjebak dengan drama Melayu?

   Hmm...

   Kedua, Encik Adam.

   Haih, Alisa mengeluh.

   Entah kenapa dia rasa seperti dia pernah menjumpai lelaki itu sebelum perjumpaan mereka di rumah Aunty Mardhiah.

   Rasanya bukan rakan sekolej. Apatah lagi sekelas. Zaman sekolah? Rasanya bukan juga.

   Ada juga terdetik dalam hatinya jika Encik Adam itu sebenarnya orang sama dengan orang yang membantunya empat tahun lepas.

   Ya, siapa lagi jika bukan Wildan. Apatah lagi cara mereka agak sama pada penglihatannya. Cara berdiri, kaki kanan akan dibengkok sedikit dan diletak ke hadapan.

   Cara bercakap. Walaupun Wildan lebih banyak bercakap berbanding lelaki itu.

   Tetapi jika benar Encik Adam ialah Wildan, mengapa dia seperti tidak mengenali Alisa? Atau dia sudah lupa?

WILDAN ✓Where stories live. Discover now