WILDAN | 04

3.2K 220 5
                                    

Sesampainya di bilik, Alisa menutup pintu sebelum menguncinya. Segala pin dan kerongsang dicabut sebelum tudung bawalnya ditanggalkan diikuti dengan anak tudung yang dipakai di bahagian dalam.

Lega rasanya apabila kepalanya sudah dibiarkan terdedah begitu. Panas dan serabut, nasib baik sahaja anak rambut tidak terkeluar.

Tuala diambil dan Alisa bergerak ke bilik air yang terdapat di dalam biliknya. Setiap bilik di rumah sewa ini mempunyai bilik air masing-masing, jadi bayarannya agak tinggi. Tak mengapa asalkan keselesaan dan keselamatan terjamin. Lagipun dalam adik-beradiknya, hanya Alisa seorang yang masih belajar. Kakaknya sudah grad tahun lepas. Jadi, tanggungan abah dan mamanya kini cuma Alisa seorang, kurang lah beban mereka.

Selepas mandi, Alisa mengeringkan rambutnya menggunakan tuala lain. Tuala yang telah digunakan tadi pula disidai di penyidai. Alisa tidak suka menggunakan hair dryer kerana menyebabkan rambutnya mudah rosak.

Sambil-sambil mengelap rambut, Alisa melihat jam dinding. Sudah hampir pukul tujuh malam. Nafas dihela perlahan. Lama juga dia mandi tadi.

"Ting!"

Bunyi dari telefon bimbitnya menyentakkan lamunan Alisa. Cepat-cepat dia mengambil telefon itu dan membaca mesej yang baru sahaja masuk.

Aliff Lutfi

Assalamualaikum adik! How's your day? Mama tanya adik balik tak weekend ni? Sbb Am balik. Adik mesti nak jumpa baby Dayyan kan?

Alisa membulatkan matanya. Abang Am nak balik rumah? Bolehlah dia jumpa anak buahnya itu. Dayyan Umar, anak sulung abangnya dan satu-satunya cucu dalam keluarga mereka. Abang Amzar baru saja kahwin dua tahun lepas manakala Aliff pula masih single. Katanya sibuk dengan kerja. Lagipun Aliff memang masih belum bersedia nak kahwin walaupun dah berkali-kali dibebel oleh mama. Macam mana Alisa tahu? Mestilah Aliff yang beritahu, mereka kan kamceng!

Alisa segera mendail nombor Aliff seraya menghenyak badan ke atas tilam. Tidak sampai beberapa saat panggilan itu sudah diangkat.

"Adik!!" Teruja suara Aliff menerima panggilan daripada adik bongsunya.

"Ya Aliff," balas Alisa sebelum tertawa. Abangnya tak pernah berubah. Sama saja dengan dulu.

"Rindunya dengan babygirl Aliff ni!" Luah Aliff. Memang dah lama mereka tak jumpa. Last rasanya semasa dia balik semasa hari jadi kakaknya, Aqila. Itupun bulan lepas. Bulan ini dia memang sangat sibuk.

"Adik pun rindu boy adik ni," kata Alisa. Hanya Alisa yang memanggil Aliff dengan panggilan boy cuma jarang-jarang sebab takut orang salah faham. Hanya bila berdua saja mereka akan menggunakan panggilan manja itu. Aliff pula selalu memanggilnya baby atau babygirl.

Pernah sekali Alisa tengah on call dengan Aliff di rumah dengan membuka loudspeaker. Masa itu dia tengah tengok TV sambil makan jajan. Disebabkan malas nak pegang phone, Alisa membuka pembesar suara dan letakkan telefonnya di atas meja.

Nak dijadikan cerita masa tu housemates nya baru pulang dari kelas. Alisa pula tak ada class haritu, jadi dia cuma melepak di rumah saja. Alisa langsung tak sedar dengan kepulangan kawannya sehinggalah tamat perbualan dengan Aliff.

Sebaik sahaja panggilan diputuskan, terus saja dia diserbu oleh Annisa, Bella dan Laila. Mereka bersungguh tanya Alisa dah ada boyfriend ke? Kenapa tak tahulah? And so on. Alisa pun cakaplah yang Aliff tu abangnya. Tapi mereka tak nak percaya sebab Aliff panggil Alisa baby. Puas Alisa cuba meyakinkan mereka tapi tetap tak berjaya. Akhirnya Alisa terpaksa call Aliff balik dan suruh Aliff bagitahu hubungan mereka. Lepas itu barulah mereka percaya.

"Adik balik tak weekend ni?" suara Aliff mematikan lamunan Alisa.

Alisa senyap seketika sebelum membalas. "Balik kut. Adik tak busy sangat minggu ni," jawabnya.

"Adik drive sendiri ke?.... " perbualan dua beradik itu berterusan sehinggalah azan Maghrib berkumandang.

"Allahuakbar Allahuakbar!"

"Tak apalah Aliff. Dah masuk waktu dah ni. Adik end call dulu, ek?" pinta Alisa. Dia mahu menunaikan solat Maghrib segera kerana dia belum makan malam.

"Oh, okey. Jaga diri, dik. Assalamualaikum," balas Aliff.

"Waalaikumussalam."

Telefon ditutup sebelum Alisa bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.




≿━━━━༺❀༻━━━━≾


Di dalam bilik tidur itu, si dia sedang termenung memikirkan gadis yang dilihatnya di kampus tadi. Pelik tapi benar, baru pertama kali dilihat, tapi sudah cukup membuatkan si dia resah dan tidak keruan.

Cantik?

Tidak dinafikan wajah gadis itu cantik walaupun tanpa sebarang solekan pada wajahnya. Walaupun ramai lagi gadis yang jauh lebih cantik daripada gadis itu, hatinya tidak pernah terpikat. Bagi dia, itu semua fake. Cantik kerana make up bukan pilihannya. Ataupun cantik tetapi akhlaknya tidak cantik pun tiada gunanya.

Namun gadis itu...

There's something different about her. Something that is incomparable with other girls he used to see, used to meet.

Cuma berbeza. Itu sahaja. Dan perbezaan itulah yang menarik perhatian si dia.

He doesn't have any idea what's going on with him. He never feels that attraction towards other girls. But out of many girls, she really caught his attention just from their first meet.

'Meet?' Soal si dia pada dirinya sendiri.

Tch.

Bukan berjumpa tapi hanya dia yang beria memandang anak dara orang. Entah apa namanya. Kalau sudah kepunyaan orang?

Si dia tersenyum sinis pada dirinya sendiri.

Kesian.

Ramai gadis yang tergila-gilakan dirinya, namun semuanya ditolak tanpa berfikir panjang. Tapi bila sudah tertarik pada seseorang tak berani pula hendak menegur.

Pathetic.

'Be a man, dude.' Bisiknya kepada diri sendiri.

Untuk bersua muka, mungkin belum tiba masanya. Ada imej yang perlu dijaga, ada maruah yang perlu dipelihara.

Panggillah dia egois sekalipun, ini pilihannya. Mungkin jika kawannya tahu, dia akan diketawakan. Tapi itu cara si dia.

He will approach her, with dignity. With his own ways. He is not a coward, he is experimental.

First step, extraordinary ice breaking.


WILDAN ✓Where stories live. Discover now