WILDAN | 57

2K 175 31
                                    


   Sudah tiga hari Alisa bermuram durja. Dalam tiga hari itu juga Alisa terperap di dalam bilik. Makan pun hanya sekali sehari. Kerja juga dia ambil cuti. Enggan mendedahkan diri dengan dunia luar buat seketika. Berasak-asak panggilan dan mesej masuk. Namun hanya panggilan dari tempat kerja saja yang diangkat. Yang selebihnya dibiar berdering dan mati sendiri, hatta daripada keluarganya sendiri. Sekiranya terlalu mengganggu, telefonnya akan dimatikan terus.

   Usai solat Zuhur, Alisa termenung di atas sejadah dengan fikiran kosong. Hatinya kosong. Jiwanya juga kosong. Tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan. Mindanya buntu.

   Kejadian tiga hari lepas masih diingatinya dengan sejelas-jelasnya.

   Si dia. Yang dia tunggu-tunggu selama ini. Yang dia nantikan kemunculan semulanya.

   Rupa-rupanya ada saja di sini.

   Fateh.

   Setiap kali nama itu terbayang, hatinya rasa seperti mencucuk-cucuk. Sakit.

   Betullah.

   Fateh itu memang Wildan.

   Fateh itu heronya dulu.

   Fateh itu kesatrianya.

   Yang hilang tanpa jejak.

   Tapi...

   Dia enggan mengaku. Jadi apa lagi yang Alisa boleh buat?

   Jika tiada sandal itu, pasti sampai sekarang Alisa tidak akan tahu. Dia pun tidak sedar bila 'Wildan' mengambil sandalnya dulu. Seingatnya sandal itu sudah hilang selepas kejadian dengan King dahulu.

   Tapi Fateh tidak pernah jujur.

   Tapi...

   It takes two to tango.

   Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

   Kalau yang sana menafikan, untuk apa dia mengiakan? Untuk sakit hati lagi? Untuk merasai kekecewaan lagi?

   Cukup.

   Alisa sudah penat.

   Penat menunggu lelaki yang tidak pernah menghargainya. Sepatutnya dari awal lagi dia sedar yang lelaki itu tidak pernah serius dengan kata-katanya.



   "Don't worry. I'll never let you fall."

   "Don't worry. I won't leave you, okay?"

   "I have feelings for you."



   Alisa menarik-narik telekung yang dipakainya.

   Argh! Dasar lelaki mulut manis! Buaya! Player!

   Dan dia pula dengan semudah itu memberi hatinya. Free pula tu. Tsk!

   Sudah, Alisa. Orang dah tak mahu, kau tak perlu jadi perigi mencari timba yang terhegeh-hegeh dekat lelaki. Kau juga ada harga diri. Jangan ingat dia boleh main-mainkan kau lagi.

   Kali ini Alisa memang mahu betul-betul move on. Dia sudah ada tunangan dan Fateh juga tidak pernah berterus-terang yang dia ialah Wildan. Itu bermakna Fateh alias Wildan itu memang tiada niat untuk memberitahu hal sebenar dari awal.

   Nampak sangat dia tak suka pun dekat Alisa, kata hati.

   Tapi dia ada melamar Alisa hari itu, kata minda pula.

   Ah, tak kisahlah!

   Rengusan kasar Alisa lepaskan. Telekung dicabut sebelum dilipat. Semasa mahu menyidai telekung dan sejadah pada ampaian, matanya tertancap pada sejadah kompas yang dihadiahkan oleh Wildan dahulu.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now