WILDAN | 14

2K 135 1
                                    

Petang itu, Alisa dan Bella merancang untuk berjoging di kawasan kampus. Bukan tak boleh dibuat di taman perumahan mereka, tetapi taman itu selalunya penuh dengan budak-budak. Kawasan kampus pula petang-petang kebiasaannya tidak ramai orang sangat kerana rata-rata pelajar sudah pulang.

Mereka menaiki kereta Alisa untuk ke kampus. Kali ini, Alisa membenarkan Bella untuk memandu keretanya selepas puas dipujuk. Dia bukannya apa, cuma trust issue itu susah sikit kalau tentang benda yang kita sayang. Kereta kut!

Nafas lega dihela selepas Proton Iriznya selamat diparkir di petak parkir.

Pap!

Alisa menggosok lengannya yang ditampar oleh Bella. Sakit woo!

"Sakitlah, weh!" marahnya.

"Ingat aku tak tahu kau tak percaya dekat aku drive baby kau ni? Kan?" tebak Bella.

Alisa menjeling. Dah tahu mahu ditanya lagi. Itu pun dia dah cukup baik hati nak benarkan Bella bawa kereta dia. Kalau tak, jangan haraplah.

Mereka kemudiannya keluar dari kereta sebelum sama-sama memulakan larian.

Mereka berlari di sekitar kampus yang dekat-dekat sahaja. Jauh-jauh nanti susah nak patah balik kalau penat.

Mereka melalui bangunan-bangunan akademik sebelum bergerak ke kawasan padang bola sepak. Selalunya ramai yang berada di sana kerana berdekatan dengan kolej kediaman.

Sampai sahaja di tepi padang, Bella mengajak Alisa berhenti berjoging untuk seketika. Dia sudah tidak larat untuk meneruskan lariannya. Orang tak aktif sukan macam inilah jadinya. Sikit pun dah semput.

"Awalnya. Tak sampai lima minit pun lagi," rungut Alisa. Dia belum puas berlari. Lembik betullah kawan dia ni.

"Sekejap, sekejap. Kita duduk dulu lepastu baru sambung, eh?" pujuk Bella. Sumpah tak larat. Kaki rasa nak tercabut saja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi batu berhampiran.

"Dah lama sangat ke kau tak bersenam ni?" soal Alisa. Dia tidak duduk sebaliknya cuma berdiri. Tak elok terus duduk selepas berlari. Sebaiknya neutralkan dulu kadar degupan jantung barulah encik jantung tidak shocked!

"Last joging tahun lepas. Last main sukan pula rasanya masa matrik kut," jawab Bella.

Alisa membulatkan matanya.

"Serius, lah? Habis tu kau nak biar je lemak dalam badan tu terkumpul?" marah Alisa. Kalau dia tahu Bella memang malas bersenam, memang setiap kali pergi joging dia akan heret Bella sekali ikut dia.

"Aku tahulah. Nanti dah gemuk sangat aku exercise lah," jawab Bella mudah.

"Ha, ha, ha. Kau ingat bersenam untuk kurus saja ke? Yang dalaman tu, ingat sihat ke kalau kerja makan tidur, makan tidur je? Tak pasal-pasal ada hypertension lah, sakit jantung lah, baru tahu!" bebel Alisa.

"Janganlah cakap macam tu. Macam doakan je," cemberut muka Bella. Sampai hati Lisa cakap macam tu!

"Oh please! Jangan berdrama depan aku," komen Alisa. Adalah nanti dia karang ayat sedih lepas tu acah-acah buat drama tak berbayar dekat sini sebab nak suruh Alisa kesian dekat dia. Mohon kutip dia ni!

Bella menayangkan barisan giginya. Alisa memang sangat mengenalinya. Setiap apa yang dia nak buat mesti Alisa akan dapat teka terlebih dahulu. Rasanya kawan dia ni ada kuasa mind reading kut!

Alisa buat tak layan. Tempat kosong di tepi Bella diambil. Pandangannya dihala ke padang bola sepak yang masih kosong di hadapan mereka.

"Habis tu, kenapa kau ajak aku joging hari ni? Timbul keinsafan ke macam mana?" tanya Alisa. Sebab tadi Bella yang merayu-rayu mengajaknya untuk joging di sini.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now