WILDAN | 31

1.8K 153 19
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Kaku tidak bergerak. Malah mahu bernafas pun seperti payah benar. Alisa memegang erat lengan Fateh yang berlapik jaket.

   Fateh merengus perlahan. Siapa pun yang melepaskan tembakan tadi, orang itu pasti tidak akan membenarkan mereka lari dengan sewenang-wenangnya.

   Tapak tangan Alisa dicapai lalu digenggam erat. Dia terpaksa.

   Badan dipusing ke belakang. Seorang lelaki pertengahan umur sedang berdiri berpeluk tubuh di hadapan mereka. Sepucuk pistol dipegang kemas di tangannya.

   Lelaki separuh umur itu berkerut kening.

   "Kau siapa?"

   Kedua-dua Fateh dan Alisa terperanjat. Lelaki itu berbahasa Melayu!

   "Kau siapa?" Soal Fateh kembali. Aura lelaki itu sangat gelap dan dingin. Bukan calang-calang orang.

   Lelaki itu ketawa besar. Sangat jahat bunyinya. Alisa menelan liur. Sebijik dengan watak villain dalam kartun Disney.

   "Aku? Kau tak kenal aku, tapi bapak budak perempuan belakang kau tu kenal aku," jawabnya.

   Alisa tergemap. Inikah, King?

   "K-King?"

   "Oh, kenal? Bapak kau ada introduce aku ke?" Tanya King.

   Alisa menelan liur lagi. Betullah. Lelaki di hadapan mereka ini ialah King. Kawan lama ayahnya.

   "T-tak. Imam Malek," jawabnya takut-takut.

   King merengus. Orang tua tak pandai simpan rahsia! Tunggulah nasib kau!

   "Jadi kau tahulah apa yang aku nak?" Tanyanya.

   Fateh menolak Alisa ke belakangnya. Orang-orang King dikiranya. Ada lebih kurang lima belas orang semuanya. Tidak senang untuk ditangani kerana mereka membawa senjata api. Ligat otaknya berfikir cara untuk melepaskan diri.

   King tersenyum sinis.

   "Dan kau siapa? Aku tak rasa kau anak Zamani. Her lover?" Lelaki muda di hadapan Alisa dipandang. Topeng yang menutupi separuh muka lelaki itu menyukarkannya untuk melihat wajah lelaki tersebut.

   Fateh melawan renungan tajam King. "None of your business," balasnya dingin. Dalam keberanian ada juga kegusaran dalam hatinya. Situasi tidak menyebelahi mereka. Jadi dia perlu memikirkan langkah melepaskan diri dengan bijak. Tersilap langkah buruk padahnya.

   "Whatever." Balas King mudah.

   "Yang penting aku nak perempuan tu," sambungnya. By hook or by crook, that girl must be his!

   "Do you think I'll give her to you that easy?"

   "Kau cabar aku?" Marah King.

   "Kau rasa?" Fateh tersenyum sinis di sebalik topengnya. Cuit sikit dah sentap. Kalah budak kecil!

   Tidak semena-mena ketawa King terhambur sekali lagi. Terhibur sangat agaknya.

   "Oh! I like this guy!" Kata King selepas tawanya reda. "Tak pernah ada orang yang berani lawan cakap aku. And if there is, that person must be very brave," ceritanya tanpa dipinta.

   Fateh senyap tidak menjawab. Rasanya tidak perlu rasa berbangga mendapat pujian daripada lelaki jahanam yang merosakkan maruah perempuan itu. Tidak ke mana pun pujian manusia. Pujian Allah yang perlu dicari.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now