WILDAN | 08

2.5K 211 13
                                    

"Aku nak tanya kau something," kata Alisa.

"Tanya apa?" Soal Sarah.

"Dalam hati kau, tak ada langsung ke perasaan dekat dia? Just be honest. Jangan risau, aku tak akan gelak," tanya Alisa.

Sarah terdiam.

"You like him too, right?" teka Alisa. Dia tahu. Dia kenal kawannya ini.

Pipi Sarah mula memerah. Malu apabila rahsia hatinya dapat diteka. Sememangnya Alisa pandai mencungkil rahsia.

"Hmm," balasnya perlahan.

Alisa mengangguk-anggukkan kepalanya.

"I thought so. Habistu kenapa bersungguh kau reject dia?" korek Alisa lagi. Yalah, dah suka sama suka tetapi tak mahu bersama. Perempuan sememangnya perlu jual mahal, tak boleh menyerah diri dengan mudah. Tetapi cara Sarah ini, macam benci sahaja. Berdasarkan cerita Sarah tadi, nampaknya sepupu Sarah itu bersungguh-sungguh mahu menawan hatinya.

"Sebab dia tua ke?"

"Bukanlah!" laju Sarah menidakkan. Umur itu hanyalah angka. Lagipun sepupunya itu tidaklah terlalu tua. Masih dalam kelompok dua puluhan walaupun sudah hampir memasuki angka tiga.

"Habis tu?" Tidak penat Alisa mencungkil rasa hati Sarah. Perlu dikorek sampai habis, barulah masalah ini selesai.

"Dia playboy. Suka mainkan hati perempuan. Aku takut dia tak serius," jawab Sarah. Ini yang membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima Zaim, sepupunya.

"Ada bukti?" Tanya Alisa serius.

"Tak ada. Tapi dah ramai orang yang bagitahu aku," jawab Sarah.

"And kau percaya jelah?" marah Alisa. Geram.

"Yalah. Sepupu kitorang yang bagitahu," jelas Sarah, polos.

Alisa mengeluh. Naif sangat.

"Okey, macam ni. Aku nak kau buang mindset kau yang kata sepupu kau tu playboy. Not until you see before your own eyes that proves he is a player, okay?" ujar Alisa. Tak pasal-pasal jadi doktor cinta. Adulah kawan aku ni, too naive.

Sarah senyap. Dia takut.

"Please, Sarah cantik. Kau sendiri pernah bagitahu aku jangan cepat menghakimi seseorang selagi kita tak kenal diri dia yang sebenarnya. Don't judge a book by its cover," pujuk Alisa.

"Okey, aku cuba." Lama selepas itu baru Sarah membuka mulut.

"Macam tulah kawan aku!" Alisa sengih. Dalam hatinya juga risau kalau khabar angin itu sebenarnya betul. Pasti Sarah kecewa.

"Tapi dia pervert!"

"Dia gurau je tu. Saja nak usik!" kata Alisa. Biasalah lelaki bila bergurau. Hmm.

"Buat istikharah. Minta petunjuk dari Allah," pesanan terakhir.

Sarah mengangguk patuh. Aye aye, captain!

Kemudian mereka berjalan beriringan keluar dari kafe tersebut.

Sebelum berpisah haluan, sempat Sarah berterima kasih kepada Alisa.

"Terima kasih sudi dengar masalah aku and bagi aku nasihat. I feel better now," ucap Sarah, terharu. Dia bersyukur mempunyai seorang sahabat yang sangat memahami.

"Most welcome," balas Alisa. Dia ikhlas membantu. Dia pun ingin melihat kawannya itu bahagia.

Mereka berpelukan sebelum bergerak ke kereta masing-masing.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now