5

107 15 2
                                    

@ Tok and Maktok's

Sepanjang hari itu hanya dihabiskan memikirkan sebarang aktiviti yang boleh Sarah lakukan bersama dengan 'anak jagaannya' minggu hadapan.

Banyak aktiviti yang dia cuba susun untuk dilakukan kelak.

Hari Isnin nanti dia akan bertentang empat mata dengan Nuh.

...

"Saif!"

Tiga saat sudah berlalu tanpa sahutan.

"Saif bin Ilyas bin Umar!"

Kali ini suara Sarah kedenganran sedikit kuat berbanding tadi.

...

'Mana pula budak ni pergi?'

Belum sempat Sarah mengetuk pintu bewarna coklat gelap itu, Saif sudah membuka pintunya luas.

Seluas-luasnya dia buka untuk 'mempersilakan' gerangan adinda tercinta untuk masuk ke dalam bilik tidurnya.

...

"Solat tadi. Nak apa?"

Saif memberikan penjelasan sebab dia masak sangat dengan sikap wartawan penyiaran adik kembarnya, Sarah!

...

"Sorry..."

"It's okay."

Sarah sudah duduk bersila di atas katil empuk milik Saif dan lelaki itu turut duduk bersebelahan dengan adik perempuannya.

...

"Kau rasa, budak lelaki suka main apa?"

Sarah memulakan perbualan dengan bertanya soalan berjumlah 2 markah itu.

Soalan KBAT belum sampai waktunya untuk ditanyakan kepada Saif.

Slowly but surely, soalan KBAT level kari babas akan mengasak fikiran Saif.

Please prepare your mental, Saif!

...

"Toys."

"What type of toys, dear Saif?"

"Be specific, please..."

Saif pun turut berfikir dengan lebih spesifik.

Mengikut kehendak soalan 'peperiksaan' lisan yang diutarkan buat dirinya.

...

"Nerf gun?"

Sarah sudah menukar posisi daripada duduk bersila kepada baring terlentang.

Pandangan mata Sarah jelas memaksudkan 'Come on Saif! I want more!'

"Ultraman."

"Main gasing."

"Main cop tiang."

...

"Itu permainan kau dengan aku main dulu!"

Sarah ingat dengan jelas setiap permainan yang disebutkan oleh Saif.

Itu semua merupakan permainan sewaktu mereka masih kanak-kanak.

'Ahhhh rindunya zaman budak-budak! Stress free!!'

Bukan Sarah je rindukan zaman dimana masalah utama hanya bila mak-mak tak bagi main dengan kawan. Itu sudah cukup besar dah masalah bagi seorang kanak-kanak.

...

"Permainan tu semua dah tak relevant! Rumah aunty Hanim tu tak ada tiang macam rumah lama kita dekat Brunei dululah Saif..."

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now