47

56 6 5
                                    

Sarah seperti berada di alam lain.

Orang cakap, zone out.

...

Sarah dengar dengan sangat jelas setiap butir kata yang Nuh ucapkan kepadanya sebentar tadi.

Dan setiap kali itu pasti Sarah akan terasa debaran di jantungnya.

Jantungnya laju mengepam darah.

...

Sarah bingkas bangun dari tempat duduknya dan bersedia untuk bergerak laju keluar daripada perut studio milik Nuh.

Dia perlukan oxygen yang cukup.

Senang cakap dia perlukan udara segar agar dirinya dapat bernafas secara normal. Bukan seperti sekarang!

...

Melihat Sarah yang tergesa-gesa itu membuatkan Nuh turut melajukan langkahnya untuk seiringan dengan Sarah.

Dia harus selesaikan segalanya pada saat itu juga. Tidak boleh dilengah-lengahkan untuk masa terus berjalan.

...

"Sarah, Sarah...wait..."

Kerana Nuh mempunyai sepasang kaki yang panjang, jadinya langkah Sarah dapat disainginya.

...

"Can we talk?"

Nada suara yang masih lagi lembut.

Kerana nada lembut itulah Sarah masih lagi berdebar!

'Ini bukan saat sesuai kau nak berlembut dengan aku Nuh!'

Sarah berteriak kuat dalam hati.

...

"Later. Sekarang bukan masa sesuai untuk bercakap pasal benda ni, i guess..."

Sarah cuba untuk ber-negosiasi.

...

"Esok awak cuti kan? Saya jumpa awak esok, ya?"

Kalau Sarah cuba untuk tawar menawar, Nuh juga akan berbuat demikian.

...

Dia sudah bertekad untuk tidak melengahkan masa.

Soal hati dan perasaan memang tidak boleh dipaksa tapi jika ia melibatkan Sarah, Nuh akan cuba untuk mencari cara agar hati dan perasaan wanita itu hanya untuk dirinya.

Kedengaran gila tapi itulah faktanya.

...

Walaupun kenangan ketika bersama dengan Sarah tidak dapat diingatinya tetapi perasaan dekat dan tenang ketika dengan Sarah itu kuat terasa.

...

"Tengok pada cuaca. Tak janji. Assalamualaikum."

Sarah terus bergegas ke arah keretanya.

...

"Haishh! Mana pula Saif ni?"

Sarah terlupa tentang Saif!

...

Tangan menyeluk ke dalam kocek seluar jeans dan jarinya terus mencari nama Saif.

Tepat tiga deringan, Saif terus menjawab panggilan telefon.

...

"Aku dekat cafe tingkat atas ni. Sini pastry dia boleh tahan! Naiklah, aku dah orderkan favourite drink kau, Sarah..."

Tidak sempat Sarah hendak menyatakan apa-apa terus sahaja telefon diletakkan.

...

"Eii! Takkan nak masuk balik studio ni semata-mata nak rasa pastry? Saif ni aduhhh..."

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now