43

58 12 3
                                    

Sedar tak sedar kini Nuh sudah selamat sampai di Tanah Tinggi Cameron, Pahang.

Udara sejuk di sana sedikit sebanyak membuatkan Nuh berasa tenang dan nyaman.

...

Dah kalau namanya trip tiada arah tuju, sudah pasti Hanim dan Kak Mas tidak tahu keberadaannya saat itu. Jadi bagi mengelakkan dua wanita itu kerisauan, lebih baik dirinya menelefon untuk memaklumkan kepada mereka berdua.

...

"Assalamualaikum. Bonda, Nuh sekarang ada dekat Cameron. Rasanya Nuh balik esok atau lusa, ni ada kerja sikit nak siapkan..."

"Amboi seronok betul sampai ke Cameron! Nanti belikan bonda strawberry jam. Hati-hati drive tu, kalau mengantuk jangan gatal-gatal nak tahan mata. Rehat secukupnya before turun nanti."

"Baiklah bondaku. Kirim salam Kak Mas."

...

Taliab sudah dimatikan. Kini misi mencari tempat tinggal untuk bermalam.

...

Selepas asar baru Nuh keluar mencari tempat menarik untuk dirinya mendapatkan ilham.

Dan macam biasa, Nuh akan memandu mengikut kata hatinya sahaja dan tahu-tahu sahaja dia sudah sampai di kawasan sungai yang tidak ramai orang.

Hanya beberapa orang tempatan sahaja yang kelihatan di sana.

...

Nuh mengambil beberapa perkakas untuk melukis dan duduk di atas batu besar yang menghadap sungai yang jernih itu.

Sempat dia mencelupkan kakinya di dalam air jernih dan seperti yang dijangka, memang sejuk betul air sungai itu.

Nuh tersenyum sendirian.

...

Selesai melukis Nuh bingkas bangun dan bersedia untuk pulang ke hotel.

Lukisan yang dilukisnya itu hanya dipandang dengan tekun.

Seperti berpuas hati dapat menyiapkan satu lukisan yang dia rasanya sangat istimewa nilainya.

...

Dalam kepalanya sudah merancang beberapa perkara dan sampai sahaja di hotel nanti, dia akan terus berkongsi dengan Nick.

Rancangan yang melibatkan galeri dan masa depannya.

...

P/s: kalini memang pendek sesangat. Tapi korang baca jelah eh? Hahahah. Inshaallah akan update bab 44 secepat mungkin!

Jangan lupa VOTE dan COMMENT!

...UNTUK SARAHHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin