44

82 14 7
                                    

Pameran seni yang berlangsung di Ruang Kotak milik salah seorang penganjur itu meriah dengan kehadiran pencinta seni dan bermacam-macam jenis golongan yang turut memeriahkan lagi pameran saat itu.

...

Sarah dan Ainnur turut hadir ke pameran seni yang berlangsung.

Sarah lah yang paling teruja sekali!

Ini merupakan kali pertama dia menghadiri pameran seni seperti itu. Pengalaman pertama yang harus disemat elok-elok dalam kotak memorinya.

...

Dari satu station ke satu station Sarah lawati. Sehinggalah ke station yang tertera nama N's.

Sarah sukakan setiap ilustrasi yang dipamerkan di situ. Walaupun dirinya bukan pencinta seni, tetapi hasil seni yang dihasilkan oleh artist di N's itu berjaya menarik minat Sarah untuk mendalami karya si pelukis.

...

"Excuse me, boleh saya tanya satu soalan tak?"

Sarah menghampiri seorang lelaki berwajah kacukan yang sedang tersenyum santai ke arahnya.

Sarah yakin bahawa lelaki itu merupakan PIC untuk menjaga station N's. Ini kerana jelas terpampang lambang N's di t-shirt yang dipakainya.

Ha! Lanyard juga tertera lambang N's.

...

"Yes miss?"

Nicholas yang sentiasa tersenyum manis itu datang menghampiri Sarah.

Ainnur sudah lama lesap. Katanya hendak mencari station yang menjual artwork. Entah-entah sedang mencari station yang menjual makanan!

...

"N's ni ada galeri sendiri ke? Atau ada collab dengan mana-mana galeri lain?"

Soalan pertama yang diajukan. Rasanya bukan satu soalan sahaja yang bakal diajukan oleh Sarah!

...

"Ohh, N's ada its own gallery. Dekat galeri kami, ada beberapa artist lain yang collab dan placed their artworks there."

Nick bersemangat menerangkan kepada potential client yang seperti berminat untuk datang ke galerinya nanti!

...

"Boleh tak saya dapatkan alamat untuk ke N's? Dan buka hari apa je?"

Sah! Sarah memang berminat untuk mengunjungi N's.

...

Nick tersenyum lebar.

...

"Kami buka setiap hari. Okay, ni saya bagi our brochure untuk cik tengok-tengok. Dekat situ ada details semua yang diperlukan."

Dah nama pun bekerja di galeri, jadinya brochure juga haruslah berseni! Lain dari yang lain. Dan sudah pasti cantik hasilnya!

...

"Ohh tak jauh juga dari my place. Surely, I will pay a visit to N's!"

Sarah teruja bila mengetahui yang jarak dari rumahnya ke N's tidaklah jauh sangat.

...

"Lagi 2 minggu, kami akan ada buat pameran seni juga di N's. Kalau ada masa datanglah..."

"Ohh really? Kalau tak ada apa, saya datang!"

"The Sounds of Love ; theme untuk pameran tu."

"Menarik! Thank you! See you soon, Nick!"

"You know my name?"

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now