53

72 5 10
                                    

Setiap kali kalau Nuh sedang buntu untuk mencari ilham, pasti dia akan pergi mencari idea-idea di tempat-tempat yang jauh dari suasana bandar. Itu sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki itu.

Kalau pergi memang akan mencecah dua minggu. Ikut pada dirinya. Kalau dia perlukan lebih masa jadinya dia akan menghilangkan diri juga dalam satu tempoh masa yang lama.

...

Memang tepat pada waktunya. Kepala dia sendiri sedang berserabut dengan pelbagai masalah dan Sarah juga termasuk dalam konteks 'masalah' tersebut.

Haruslah menjadi masalah kerana dia sudah buntu untuk memikirkan asbab utama kenapa wanita itu seperti tidak sudi lagi untuk menerima dirinya.

Tak mungkinlah atas alasan dia tidak mampu mengingati memori lama, terus menjadi penghalang utama?

Hmm...

...

Kali ini Nuh secara rawak membeli tiket penerbangan. Entah ke mana-mana sahaja dia main beli sahaja. Tiada pelan yang tetap.

...

"Apa-apa Nuh akan contact bonda dan Kak Mas. Inshaallah semua akan berjalan lancar, as usual."

Hanim sudah masak sangat dengan 'ritual' anak bujangnya itu.

Mula-mula itu memang dia risau tapi lama-lama dia cuba untuk kekal tenang. Walaupun ada masa dia tergelincir dari paksi 'tenang'.

"Balik bila?"

Soalan yang Hanim sendiri tahu tiada jawapan yang tetap dan menyakinkan.

...

"Tak tahu lagi bonda. Kot dapat ilham awal, awallah bonda dapat tengok muka Nuh. Tapi kalau ilham tu susah nak dapat, maka lama lagilah Nuh nak tayang gigi Nuh depan bonda waktu bonda jemput balik..."

...

"Jaga diri dan jaga iman."

Ringkas dan padat pesanan khidmat masyarakat Kak Mas titipkan buat Nuh.

...

Sepanjang pemergian Nuh, memang dia tidak menghubungi Sarah. Dia tidak mahu kerap menggangu wanita itu. Biarkan ada ruang antara mereka berdua untuk berfikir. Dirinya juga akan sesak kalau asyik diasak dengan harapan.

...

"Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita berdua, Sarah."

Doa dititipkan sebelum 'flight mode' diaktifkan.

...

Nuh sudah terbang membawa diri. Mungkin ini cara terbaik untuk diri masing-masing.

...

Orang cakap kadang-kadang jarak akan dapat merapatkan sesuatu atau seseorang.

Jadi dengan menjarakkan dirinya daripada Sarah pasti dapat memulihkan hubungan mereka yang tidak tahu bermasalah atau pun tidak itu.

Hendak dilabel bermasalah tidak boleh juga sebab mereka belum "dalam perhubungan". Status mereka berdua masih samar-samar.

...

@ Umar & Zaihah's

Bagai pungguk rindukan bulan.

Peribahasa yang sangat kena dengan apa yang dilalui oleh Sarah.

...

Bila ada di depan mata tidak tahu hendak hargai. Tapi bila seseorang itu sudah jauh bawa diri, baru terhegeh-hegeh mencari.

...

Sarah tertunggu-tunggu notifikasi daripada seseorang. Tapi malangnya seseorang itu sudah tidak munculkan diri.

...

"Hmm, tulah kau. Bila tak ada baru kau sibuk mencari..."

Sarah meluahkan rasa.

Rasa kesal?

Rasa kecewa?

...

Sudah beberapa malam, gadis itu tidak dapat tidur dengan lena. Mindanya asyik menerawang jauh memikirkan dirinya dan Nuh.

...

Sehinggalah Sarah membuat keputusan untuk reda dengan segala ketentuan. Bila lelaki itu muncul kembali, dia akan terus berterus terang akan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia tidak mahu menjadi orang yang rugi dan buta hati.

Cukuplah dirinya seperti orang hilang semangat!

...

"Macam ni ke eh keadaan seseorang bila melibatkan perasaan?"

Sarah bersuara untuk kesekian kalinya.

...

Ada juga Sarah melihat update dari Instagram studio milik Nuh tapi manalah dapat puaskan kehendak hatinya - yang mahukan update berlaitan pemilik studio itu!

...

Apa kes instagram studio nak kena update pasal owner? Poyo betul...

...

Tak dapat tengok Nuh secara langsung, dapat tengok studio lelaki itu pun sudah memadai.

...

Jangan tanya kenapa Sarah tidak terus pergi ke rumah Hanim.

Ini semua sebab Sarah tidak bersedia lagi. Kalau dulu dia datang berkunjung Hanim sekeluarga tanpa mempunyai perasaan terhadap anak teruna bekas majikannya!

...

Takut dirinya sendiri membuka cerita kepada Hanim tak pun Kak Mas!

...

Baiklah dirinya lebih berwaspada.

...

'Bila ada positive progress mungkin baru boleh buka cerita?'

Detik Sarah.

...

Entahlah.

Yang dirinya tahu, dia perlu come clean dengan Nuh.

Dia akan tunggu sehingga Nuh 'pulang'

...

P/s: Nah bab baru utk korang! Kalau bosan, sorry.

Jangan lupa VOTE!! tqqq <3

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now