9

91 12 3
                                    

@ Tok and Maktok's

Mereka berempat sudah mula duduk di kerusi untuk menjamu makan malam.

Zaihah hari itu memasak masakan kampung.

Kegemaran Umar dan cucu kembarnya.

...

"Macam mana Sarah, hari pertama kerja sebagai penjaga?"

Umar sudah mulakan bicara sambil menunggu Zaihah menuangkan air ke dalam gelas miliknya.

Sarah sedikit ragu-ragu nak bercerita tapi hati bukan main teruja nak meluahkan semua benda kepada ahli keluarga kecilnya.

Otaknya sudah menapis beberapa perkara yang boleh dikongsikan dan ada beberapa perkara yang hanya akan menjadi rahsia.

...

"All good, tok. Tapi biasalah, penat sikit jaga budak ni..."

Budak?

Lantaklah tapi memang betul pun yang Nuh itu berperangai seperti budak kecilkan?

...

"Ye ke?"

"Budak tu buli kamu ke?"

Umar dan Zaihah sudah bertanyakan soalan.

Seperti ragu-ragu dengan jawapan Sarah yang seakan-akan tidak ada aura teruja itu!

Haruslah ragu-ragu, sebab selalunya cucu mereka akan becok bercerita pengalaman hari pertama dengan penuh keterujaan!

Tak payah tanya, terus sahaja Sarah dengan rela hati akan bercerita itu dan ini.

Tapi kali ini, dari balik kerja sampai waktu makan malam, Umar dan Zaihah tidak dengar langsung laporan wartawan tak bergaji, Sarah Ilyas!

...

"Taklah tok, maktok. Biasalah budak kecik kan banyak songeh. Tak reti diam ada je benda dia nak buat."

Sarah cuba untuk nampak neutral!

Saif yang terperasankan kejanggalan adiknya itu sudah tersengih kecil.

'Ada bendalah ni dia sorok!'

Saif sudah terdetik dalam hati.

#TwinsSejati

...

"Ceh, semua duk pulun tanya Sarah tapi tak ada siapa nak tanya Saif..."

Saif sudah bersuara.

Pura-pura merajuk.

Misi menyelamatkan Sarah sudah bermula!

...

Fokus mereka bertiga sudah teralih pada Saif.

Sarah dalam hati sudah bersyukur dengan 'bantuan' Saif saat-saat sekarang!

"Eii mengadanya, tu pun nak merajuk!"

Sarah sudah bersuara.

...

"So how was your first day, Saif?"

Sekali lagi Sarah bersuara seperti mengejek Saif.

Hahahaha.

Tak reti beruntung punya adik!

...

Umar dan Zaihah sudah tersenyum melihat keletah cucu mereka berdua.

"Aku nak tok dengan maktok tanya. Bukan kaulah Sarah..."

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now