26

83 14 4
                                    

@ Hanim's

Selepas solat isyak

Nuh paling teruja bila melihat tiga kotak Twix dan sebungkus Daim yang Sarah letakkan di atas meja.

Satu bungkus kecil Twix dan satu ketul Daim sudah diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik tidurnya. Selebihnya dia sudah simpan di dalam almari dapur.

Sarah balik pun Nuh tidak sedar sebab selepas Sarah mengejutkan dirinya untuk solat asar, dia kembali menyambung lenanya.

Puas jugalah Sarah pesan jangan tidur selepas waktu asar ehh dah namanya pun Nuh, haruslah ada angin sendiri. Dan waktu itu angin kus-kusnya sudah mari, jadinya apa sahaja yang Sarah bebelkan atau nasihatkan tidak akan jalan.

No compromise!

...

Selepas makan chocolate itu, Nuh duduk diam dan tidak buat apa-apa. Seperti termenung jauh tapi tak lama lepas tu laju tangannya menyelongkar almari kaca yang terletak di sudut biliknya.

Mengambil beberapa buah album gambar. Tangan perlahan-lahan membelek setiap gambar yang tersusun kemas di dalam album.

...

"Kenapa bonda selalu cakap Nuh sakit?"

"Kenapa Nuh boleh sakit macam ni?"

"Kenapa Nuh tak ingat apa-apa?"

Soalan-soalan itu sering sahaja ditanyakan pada diri sendiri.

Lagi-lagi bila melihat dirinya yang 'asing' sedang bergambar dengan Hanim sambil memegang segulung ijazah. Dirinya yang kemas bersut dan berjubah graduasi itu kelihatan segak. Bila belek-belek lagi gambar yang lain, ada gambar dirinya sedang bergambar dengan beberapa orang di depan bangunan kedai 2 tingkat yang tertulis N's.

Paling tak boleh diterima akal bila ada gambar Nuh dengan si ahli sihir yang bernama Mia Arissa. Mesra. Puaslah dikerah otaknya untuk mengingati tapi ada beberapa imej yang samar-samar terlayar di mindanya.

Macam kepingan puzzle yang tak lengkap. Berselerak dan bersepah.

Sebab itu Nuh sering mengadu sakit kepala untuk beberapa kali kepada Hanim.

...

Cuma sekarang ni, Nuh kerap kali juga teringatkan beberapa perkara cuma wajah-wajah manusia itu tidak jelas.

Siapa je yang tak rasa nak putus asa kalau bila tengah beriya nak ingat sesuatu tapi otak tak mahu beri kerjasama.

...

Apa yang bagusnya Hanim ni, dia tak pernah lupa untuk sentiasa ingatkan Nuh akan siapa dirinya. Apa pekerjaannya. Berapa umur sebenarnya dan banyak lagi. Dan banyak kali juga Hanim akan terangkan apa itu amnesia kepada Nuh. Cuma dalam seminggu tu, Hanim akan hadkan. Tidak mahulah menggasak fikiran anak lelakinya terlebih-lebih.

Itu semua bertujuan untuk membuatkan Nuh sedar akan status dirinya yang sebenar-benarnya. Walaupun Nuh tidak memberi sebarang respon yang positif, tetapi Hanim tidak berputus asa.

Lama kelamaan pasti akan ada respon positif yang akan ditunjukkan oleh Nuh. Hanim sangat yakin dengan pendiriannya!

...

Tempoh hari, ketika menghadiri temu janji bulanan dengan doktor yang bertugas untuk mengendalikan kes Nuh, Hanim ada bertanyakan akan perihal masalah pening kepala yang Nuh hadapi sejak kebelakangan ini.

Doktor pun ada menerangkan kepadanya kenapa Nuh boleh kerap sakit kepala dan ini semua kerana otak digerakkan untuk mengingati beberapa perkara yang 'terpadam' daripada ingatannya.

...

"Puan Hanim jangan terlalu risau sebab itu merupakan satu fenomena biasa untuk setiap pesakit amnesia."

Doktor Aziz sedang menjalankan tugasnya sebagai doktor ; memberikan penerangan dalam bahasa yang sangat mudah dan menenangkan ahli keluarga pesakit agar tidak overthink.

...

Makin banyak gambar yang dibelek, makin berkerut muka lelaki itu.

"Kenapa susah sangat aku nak ingat?"

Timbul urat-urat di kepalanya.

Bila kita terlalu memaksa otak untuk bekerja sudah tentu akan ada lampu hazard dinyalakan ke otak.

...

Nuh memegang kepalanya.

Album gambar diletakkan di tepi bed side table dan Nuh pula membaringkan dirinya di atas tilam.

...

Tak lama lepas itu, Nuh terlelap.

...

Imbasan imej wanita dan lelaki sedang bergaduh dan wanita yang kabur wajahnya itu menganggu lenanya.

"Arghh!"

Nuh terjerit dan dia sudah terjaga dari lenanya.

...

Benda yang sama asyik terulang tayang.

Macam Astro(k) yang asyik ulang tayang cerita yang sama!

Naik muaklah...

...

"You ni pembunuh tahu tak Nuh?! I hate you!!"

Ayat yang sama juga sering ungkapkan oleh wanita itu.

Lahh kenapa pula Nuh dituduh sebagai pembunuh?

Perkataan itu sering kali diungkapkan oleh wanita yang 'check-in' di dalam mimpinya. Dan sudah pasti ia menjadi satu tanda tanya kepada Nuh.

Dan setiap kali itu jugalah mesti dia akan sakit kepala memikirkan situasi yang berlaku di antara dirinya dan wanita itu. Tapi seperti biasa, memang dia tidak dapat ingat apa-apa.

...

"Sakit, sakit!"

Nuh seperti tidak dapat mengawal sakit kepalanya.

Suaranya membuatkan Hanim laju mengetuk pintu bilik tidurnya.

Hanim masuk selepas dia menggunakan kunci pendua bilik tidur Nuh.

...

"Bonda, sakit bonda. Kepala Nuh sakit!"

Nuh sudah mengadu kepada Hanim sambil kepalanya diketuk. Mungkin dengan cara itu dia dapat melegakan sakit kepalanya.

Tapi Hanim tidak sanggup melihat kelakuan anaknya itu terus memegang tangan kanan anaknya.

...

"Don't hit yourself sayang. Bonda usap kepala Nuh biar hilang sakit kepala okay..."

Ubun-ubun anaknya turut diusap perlahan sambil mulutnya tidak berhenti berselawat.

Selepas 15 minit baru keadaan kembali tenang.

...

"Nuh janganlah push yourself too hard nanti Nuh bertambah sakit..."

Hanim mengingatkan anaknya.

Nuh hanya anggukkan kepalanya.

...

Selepas memastikan anaknya sudah tidur semula, Hanim pun bingkas bangun dari duduknya dan berjalan keluar menuju ke bilik tidurnya pula.

Kalau betullah ini salah satu proses penyembuhan Nuh, Hanim akan terus-terusan memohon kepada Allah agar urusan anaknya itu dimudahkan.

Dan kalaulah sakit itu boleh dialihkan kepadanya sudah lama Hanim rela menanggung sakit anaknya.

Dia cuma mahukan Nuh kembali sepeeti sedia kala. Menjalani hidup seperti lelaki normal.

...

P/s: SORRY geng lambat update. Chapter ni ada kemungkinan akan di rewrite balik sbb aku rasa mcm MEH! Tapi aku harap korang akan okay je bila baca dan korang pun akan sama-sama 'suspen' secara berjemah bila baca chapter ni! Jadinya korang kena tolong aku VOTE and COMMENT seperti biasa!!

...UNTUK SARAHHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin