30

84 13 10
                                    

Selepas Mia Arissa habis tempoh berpantang

Muhammad memang Nuh yang jaga. Hanim tahu tentang kewujudan Muhammad tapi dia tidak tahu asal usul Muhammad. Siapa ibu dan bapanya, Hanim tiada jawapan.

Kalau Hanim tahu siapa ibu kepada Muhammad, sudah pasti masak Nuh dikerjakan. Sudahlah dia tidak pernah sukakan Mia Arissa dan bila dapat tahu kes terlajur wanita itu, memanglah bertambah benci!

Nampak tak, Nuh masih lagi fikirkan maruah dan air muka Mia Arissa agar tidak tercalar di depan Hanim. Tapi Mia Arissa seperti tidak heran langsung dengan apa yang dia sudah lakukan.

...

Muhammad juga disayangi oleh Hanim dan Kak Mas. Mereka mererima baik kedatangan Muhammad dalam rumah itu.

Tidak pernah sekali pun orang dalam rumah itu merungut ketika menjaga Muhammad.

...
Di cafe berdekatan gallery
**imbas kembali

"Nuh, bila you nak kahwin dengan I?"

"Kita bincang benda ni lain kali boleh? You tak nak ke tengok Muhammad ni? Dah nak masuk 2 bulan you biar je dia. Anak you ni Mia..."

"Dia bukan anak I lah! Siapa je nak mengaku budak tu anak?! Tak habis-habislah buat I angin."

"Macam mana eh you boleh nak I kahwin dengan you tapi you tak boleh langsung terima Muhammad. I dah anggap Muhammad tu anak I, Mia!"

"Siapa suruh you anggap dia as your son?"

"Selagi you tak boleh terima Muhammad, selagi tu jangan pernah sebut pasal kahwin. Rimas."

...

Angin juga Nuh dengan perangai Mia Arissa.

Kalau boleh ditamparnya pipi Mia Arissa, memang sudah lama dia tampar!

Tamat imbas kembali

...

Empat bulan selepas itu

"Budak ni memang menyusahkan aku!"

"Selagi dia tak mati selagi tulah Nuh tu tak endahkah aku!"

"Tahulah nasib kau!"

...

Apa dia ingat, kalau Muhammad tu tak lahir, Nuh masih akan menerima dirinya dan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga?

Hell no, Mia Arissa!

Dasar dreamer!

...

Tiada angin, tiada ribut - Mia Arissa tiba-tiba menelefon Nuh.

"Nuh, hujung minggu nanti tolong hantarkan Muhmmad. Biar I try jaga dia."

Mia Arissa menelefon Nuh pada tengah-tengah malam.

Nuh pun sedikit gembira bila mendengar permintaan Mia Arissa.

'Baguslah kalau Mia dah cuba untuk buka hati terima Muhammad...'

Nuh berharap agar hubungan antara ibu dan anak itu tidak akan terputus begitu sahaja. Biarlah Muhammad rasakan belaian kasih seorang ibu, walaupun sedikit terlambat.

...

Hujung minggu

"Anything terus call."

Selepas menyerahkan Muhammad kepada Mia Arissa, Nuh terus balik.

...

"Ergh!"

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now