49

89 8 6
                                    

Sarah's

Keadaan kembali seperti biasa. Tiada perkara yang menarik. Selepas Nuh dan Sarah duduk bertentang empat mata, Sarah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Nuh.

Lama juga Sarah membatukan dirinya. Kalau orang lain pasti sudah mengkritik tindakkan Sarah yang seakan-akan tidak tahu menghargai lelaki yang sanggup meraih cinta dan sayangnya. Seorang lelKi yang sanggup menunjukkan segala jenis usaha untuk mengambil sekeping hati wanita sepertinya.

Sarah bukan tidak panas telinga setiap kali mendengar ayat-ayat perlian yang keluar daripada Saif dan Ainnur.

Naik bernanah telinganya setiap kali mereka berdua memberikan kata-kata "nasihat" percintaan.

...

"Aku selalu tertanya-tanya macam mana rupa orang buta hati ni. Tapi tak sangka Allah makbulkan doa aku untuk tengok pesen manusia buta hati ni depan-depan mata aku."

Perkataan "depan-depan mata aku" itu ditekankan dan kedua-dua tangan mengarah ke arah tempat duduknya Sarah.

Ainnur kalau sudah buka mulut memang semua baris patah perkataan yang keluar hanya membuatkan Sarah terpana!

...

"Kalau aku pula lain sikit Ainnur. Aku nampak manusia yang tak tahu menghargai effort sessorang. Selalu aku tengok dalam drama yang tok aku layan dekat tv. Tapi kali ni, real punya depan mata. Tak sangkalah pula, adik kembar sendiri boleh jadi contoh bernyawa!"

Kalau Saif, memang direct terus dia kenakan. Sakit hatinya melihat cara Sarah melayan Nuh.

...

Ada satu lagi ayat yang Sarah rasa macam dirinya paling teruk dan gagal menjadi manusia yang ada hati.

...

"Kau ingat apa kau buat ni bijak sangat ke? Sorry to say this, but you look like an idiot. Seorang perempuan bodoh yang tak reti menghargai perasaan seseorang. Kalau kau tak suka sangat, you shall confronts him. Bukannya kau lari lepas tu kau biar Nuh tu macam tu. Kau ni memang nak jadi bodoh sangat ke? Aku dapat rasakan yang Nuh tu memang ikhlas sayangkan kau. Kau nak dia buat apa lagi untuk kau lembut hati? Dah-dahlah tu tipu diri kau."

Selepas sahaja Saif menghabiskan ayatnya dia terus sahaja meninggalkan Sarah terkontang-kanting sendirian.

Memang dia sengaja mengasak perasaan Sarah.

...

"Aku ni memang bodoh kan?"

Sarah seakan-akan bersetuju dengan kata-kata Ainnur dan Saif. Bukan dia tidak nampak betapa bersungguhnya Nuh cuba untuk memenangi hatinya.

"Aku buat semua ni bukan saja-saja. I have my own reason... tapi orang lain macam tak nampak sebab kenapa aku layan Nuh macam tu."

Sarah yang tekun duduk di atas kerusi belajarnya itu hanya diam.

...

"Macam tak masuk akal bila Nuh boleh suka aku. Pada hal dia langsung tak ingat aku ni siapa..."

"Tapi Sarah, dia sendiri mengaku yang dia rasa dekat dengan kau. Kau tak ingat ke peristiwa tu?"

"Ingat. Sangat-sangat ingat... benda yang aku tak akan pernah lupa."

"Habis tu? Kau nak apa lagi?"

"Bukan aku tak sayang Nuh. Sayang tapi aku tak yakin. Aku tak yakin dengan diri aku sendiri."

"Kau nak takut apa? Takut kalau nanti-nanti dia berubah perasaan? Dahlah dia tak ingat kau langsung. Dan perasaan 'dekat' dia terhadap kau pun boleh berubah 'jauh' secara mendadak. Kan?"

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now