50

71 6 8
                                    

Kalau sebelum ini Sarah dapat saksikan betapa bersungguhnya Nuh mencuba untuk mencuri hatinya. Tapi sekarang semuanya seakan berubah. Tiada lagi pesanan ringkas daripada Nuh.

Sarah dengan egonya memang tidak akan pernah berpisah. Dia tahu yang dia sayangkan lelaki itu tetapi dia sendiri yang sengaja membuatkan lelaki itu semakin berjauh hati dengan tingkah laku serta layanan acuh tidak acuhnya.

Siapa sahaja yang dapat bertahan jika usaha tidak dihargai seseorang. Orang kurang akal juga, lama-lama akan mengibarkan bendera putih tanda menyerah. Inikan pula seseorang seperti Nuh. Kalau ikutkan, Nuh sepatutnya sudah lebih awal mengangkat bendera putih tapi atas dasar sayangnya kepada Sarah dia tetap mencuba untuk bertahan.

...

Cukup dua minggu Nuh mendiamkan diri dan sepanjang tempoh empat belas hari itu, Sarah seperti berjalan di bawah awan mendung.

Dirinya turut bermuram dan tidak bernafau untuk bersosial dengan makhluk bernyawa!

Betapa teruknya kesan Nuh yang bertindak untuk menyepikan diri...

Tapi padanlah dengan muka si budak Sarah itu. Bila ada depan mata, langsung tak dihargainya. Tapi bila sudah tiada, baru tercari-cari.

...

"Cukup-cukuplah buat muka tak bermaya tu. Bosanlah aku tengok..."

Saif sengaja hendak mencari gaduh dengan adik kembarnya.

Iyalah, sudah berapa minggu mereka jarang tertekak. Lama-lama jelak juga asyik berdamai sahaja. Mahulah sehari dua bergaduh dengan adik-beradik sendiri!

Macam itu punya gaya pun ada ya...

...

Tapi betullah, kalau tak bergaduh mulut tu macam bosan sikit. Hahaha...

...

"Dia dah tak sayang aku lah, Saif..."

Sarah kini lebih terbuka meluahkan rasa yang terperuk di dalam hati.

Iya, dia sangat perlukan seseorang untuk berbual. Berbual soal hati.

Saif ialah orang yang tepat untuk diajak berbual berkaitan isu ini. Tiada orang lain yang lebih layak untuk menjadi pendengar masalahnya sekarang.

...

Mata yang kering tiba-tiba sahaja bergenang.

Pipi terasa kebas dan panas.

...

'Perfect combo kan kau sekarang Sarah! Nuh dah lost interest on you and you are bleeding!'

Sarah membentak dalam hati.

'Well done!'

Sekali lagi suara hatinya bergema.

...

"Kau nak lepak mana-mana tak untuk kita cerita benda ni?"

Saif memang seorang yang prihatin!

Boyfriend material berkelas lima bintang.

Tapi itulah, sayang seribu kali sayang. Dia masih single!

...

"Ikutlah..."

Sarah hanya mengiyakan sahaja ajakkan abangnya.

...

Sepanjang perjalanan menuju ke kafe, mereka berdua hanya mendiamkan diri.

Mungkin lebih selesa begitu. Sambil-sambil melayan perasan mendengar lagu yang seakan-akan sedang memerli Sarah!

"Playlist lagu kau ni macam nak ajak aku gaduh eh?"

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now