12

75 10 9
                                    

Imbas kembali beberapa tahun lepas

"I selalu nampak you dekat sini, you memang suka art ke?"

Nuh memberanikan dirinya untuk menegur wanita yang selalu datang ke art gallerynya.

...

Mia Arissa tertoleh melihat lelaki yang berperwatakkan seseorang yang manis sedang berdiri beberapa tapak di belakangnya.

'Yes! He realizes my existence!'

Bibir yang dioles warna merah hati itu terjungkit sedikit dihujung.

Tanda kemenangan berpihak pada dirinya.

...

"I memang suka datang sini sebab I feel connected."

Connected dengan siapa?

Takkan connected dengan statue dan lukisan yang tergantung di dinding art gallery itu pula?

Alah! Itu semua ayat cliche bila nak mulakan langkah menjerat manusia...

...

Nuh seakan suka untuk berbual dengan Mia Arissa.

Dan tanpa dipinta, Nuh memperkenalkan dirinya kepada Mia Arissa.

...

"My name is Nuh and you?"

"And I'm yours..."

Err, Mia Arissa memberikan pickupline-nya kepada Nuh.

Nuh ketawa geli hati.

Lawak sangatlah tu ye?

"Mia Arissa."

"Nice name."

...

Sejak daripada pertemuan ringkas itu, mereka semakin rapat dan masing-masing mula menyulam kasih dan sayang antara dua hati.

...

Kalau Mia Arissa mahu bertemu dengan Nuh, dia boleh terus sahaja datang ke Art Gallery itu kerana itu merupakan galeri milik Nuh.

Di bahagian atas pula merupakan studio lukisan Nuh di mana kebanyakkan karya lukisan dan statue dihasilkan di sana.

...

Art Gallery-nya tidaklah besar seperti milik artis luar negara.

Dia masih baru menjinakkan diri dalam dunia perniagaan itu.

Sebelum ini hasil lukisan hanya akan digantung di dinding rumah sahaja tapi bila mendapat sokogan dan dorongan, Nuh yakin untuk mengambil keputusan membuka perniagaan galeri seni miliknya sendiri.

Akan ada beberapa artis yang akan collab bersama dirinya dan mereka akan mempamerkan hasil seni masing-masing di ruangan yang tersedia.

Dalam setiap tahun akan ada dua atau tiga kali Art Fest yang akan diadakan di Art Gallery milik Nuh dan setiap artis akan turun padang untuk turut serta. Ada yang dari Brunei, Indonesia dan Jepun.

...

Mia Arissa memang tahu macam mana stabilnya seorang lelaki bernama Nuh itu.

Lubuk emas sudah di depan mata.

Kenapa harus dia menolak tuah.

...

"Tempat bodoh macam ni pun ramai boleh datang?!"

Itu merupakan komen utama Mia Arissa bila pertama kali menjejakkan kaki di N's.

N's merupakan nama galeri dan studio milik Nuh.

Mia Arissa datang ke N's itu pun sebab kawannya yang seakan-akan taksub dengan hasil lukisan.

Bila mata Mia Arissa menangkap wajah Nuh, dia seakan tertarik.

Tertarik dengan wajah atau poket lelaki itu?

'Dua-dua aku suka!'

Mia Arissa tidak peduli apa tanggapan orang terhadap dirinya yang penting setiap bulan akan ada orang yang hulurkan not kertas yang berwarna ungu!

...

Lagi bertambah tertarik bila dapat tahu Nuh itu merupakan pemilik 'tempat bodoh' itu memang makin bersemangatlah Mia Arissa hendak menggoda.

...

Sejak itu, memang muka Mia Arissa sahaja yang tercongok di N's.

Walaupun bosan dan terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk berada di N's, Mia Arissa tidak peduli.

Apa yang dia tahu, lelaki itu harus menjadi 'punca rezeki' buat dirinya!

...

Sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua, memang banyak Nuh berhabis buat Mia Arissa.

Dah nama pun Mia Arissa haruslah dia mengetuk lelaki itu dengan teruk sekali.

Sekali minta hadiah, bukan harga RM300 atau RM400 tapi RM3000 ke atas sahaja!

...

Nuh pun seakan lelaki bodoh, mengikut sahaja!

Dah macam kena pukau pun iye juga!

Dia takut kalau tidak ditunaikan hajat Mia Arissa, wanita itu akan meninggalkan dirinya.

Itulah padah kalau dah bercinta sepenuh hati!

Lain kali tinggallah sikit hati tu untuk diletakkan ruang bagi perasaan benci.

Dasar kurang bijaklah Nuh ni dalam bab hati dan perasaan!

...

"I love you sayang!"

Mia Arissa memang tidak pernah gagal mengambil hati Nuh.

...

Sayangnya sampai Angkasa Residence, Nuh bagi Mia Arissa duduk.

Dengan alasan biar rumahnya itu terjaga bila Mia Arissa tinggal di sana. Yelah, Nuh pun memang jarang bermalam di Angkasa Residence kerana Hanim yang minta lelaki itu untuk duduk sahaja serumah.

"Senang hati bonda kalau Nuh tinggal dengan bonda..."

Alasan geng mak-mak bila nak minta persetujuan anak.

Dalam erti kata lain Hanim sedang memberikan arahan tapi berbentuk luahan hati!

Telus dan tersirat.

...

P/s: Amacam? Bijak ke tidak Mia Arissa tu? Ni baru sikit! Ada lagi bakal menyusul!

Korang kena VOTE and COMMENT oki!!!

Barulah Mia Arissa sayang korang!!

sksksksks

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now