45

86 13 7
                                    

Rutin seorang wanita adalah mengemas beg tangan yang sudah tidak berupa beg tangan.

Luarnya sahaja nampak normal tapi kalau seluk ke bahagian dalam beg pasti boleh sesat!

...

Bayangkan nak cari kunci kereta sahaja boleh memakan masa yang lama!

Sebab apa?

Sebab penuh dengan resit, kad yang sudah berterabur dan segala macam jenis harta benda ada dalam beg seorang perempuan!

...

Isi beg sudah ditelungkupkan di atas katil dan memang tersengih sahaja Sarah bila melihat harta benda yang berselerak di atas katilnya malam itu.

...

"Mak aihhh, ni handbag ke luggage ni? Banyak betul khazanah dalam bag aku!"

Buku nota, film camera, pen, 2 batang marker berjenama Sharpie, wallet, perfume, hand sanitizer, wet tissue, dan ada beberapa benda yang tidak penting pun boleh terada dalam beg Sarah!

Salah satunya adalah remote aircond?!

...

Baru teringat episode di mana Saif menyelongkar hampir satu rumah kerana mencari remote aircond bilik tidur bujangnya.

Kejadian itu sudah hampir 3 hari berlalu dan baru hari ini terjawab ke mana perginya remote aircond milik Saif!

...

"Macam mana remote mamat ni boleh dalam beg aku??? Aduhh tahan jelah telinga kejap lagi dengan bebelan si Saif tu..."

Sarah pun pelik dengan keberadaan remote itu!

Hahahah...

...

Sambil-sambil membelek apa yang perlu dibuang dan disimpan, Sarah terperasankan brochure tempoh hari.

Dan terus dia teringatkan pameran seni yang akan berlangsung di N's!

Pembetulan!

Bukan 'akan' tapi 'sedang' berlangsung!!

...

The Sounds of Love.

...

Laju tangan mencari N's di social media dan akhirnya jumpa juga official page galeri seni itu.

"Oh Man! Esok last day of the pameran! Kena datang juga!"

...

Sarah lekas-lekas membersihkan katil dan begnya. Dia harus cepat-cepat memberitahu Saif untuk menemaninya pergi ke N's.

Hmm...

Remote ke mana apa ke mana!

...

P/s: genap 2 bulan ye aku tak jengah wattpad! Apa khabar semua? Sihat ke tuuuu. So nah, chapter 45! Aku sambung bab 46 nanti... (mmg pendek en chapter ni, tapi nak buat mcm mana en...)

Jangan lupa VOTE dan COMMENT! Thanks!!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now