18

64 14 6
                                    

Bilik tidur Sarah

"Aik? Tak pernah-pernah Aunty Hanim facetime? Ni sampai 3 kali dia facetime?"

Haruslah Sarah pelik binti ajaib bila dapat notifikasi menyatakan bahawa dirinya terlepas 3 panggilan melalui aplikasi Facetime. Daripada Hanim pulak tu.

Baru nak pelik lama sikit tapi terpaksa ditangguhkan sebab sekali lagi telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk.

Sarah tanpa fikir panjang memang terus mengesek butang hijau dan kamera dihalakan ke arah mukanya.

'Haruslah ke muka takkan ke siku pulakan dah kalau namanya facetime...'

Melainkan kalau ada aplikasi ElbowTime, itu baru boleh halakan kamera ke arah siku.

*Ya Allah, dry nya lawak aku*

...

"Kakak!!"

Zusss, jantung Sarah berdegup tidak sekata. Laju macam baru lepas tamat larian 100 meter Sukan Tara kali ke-25 Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.

Haruslah Sarah rasa seperti itu sebabnya muka Nuh yang terpancul di dalam skrin rata telefonnya! Dan paling syahdu sekali bila kepalanya tidak tertutup itu menjadi tatapan Nuh. Walaupun Sarah yakin yang Nuh tidak berapa perasan akan rambutnya tapi STILL!

Quilt bercorak daun itu dicapai dan dijadikan instant shawl!

'Lantaklah yang penting aku tak buat free show tunjuk rambut dekat Nuh! Eii walaupun Nuh tu tak berapa 'tengah' otaknya dia still lelaki...'

Ada juga risau bersarang dalam hati takut-takut Nuh bahas pasal rambutnya tadi. Bukan boleh percaya sangat topik perbualan Nuh kejap nanti. Random teruk!

...

"Kakak?"

Nuh dengan nada suara yang naif itu memanggil semula Sarah.

"Ye Nuh. Kenapa facetime kakak malam-malam ni? Bonda tahu tak Nuh guna phone dia untuk call kakak?"

Posisi duduk juga sudah diselesakan. Tegak macam nak hadap interviewer!

...

"Tahulah kakak. Nuh dah asked permission from bonda. Kenapa kakak tak jawab tadi?"

Nafas diambil buat seketika sebelum lelaki itu menyambung soalannya. Nampak daripada gaya macam banyak benau soalan yang bakal diajukan kepada Sarah!

"Kakak dah makan? Nuh dah makan. Sedap Kak Mas masak tadi, favourite food Nuh tau Kak Mas masak. Nuh tadi minum ribena, kakak? Hmm, Kakak marah Nuh ke?"

Banyak betul patah perkataan yang terkeluar daripada mulut Nuh malam itu. Sejak wujudnya Mia Arissa dalam rumah Hanim, Sarah dan Nuh memang dah tak berapa nak ngam sangat. Iyelah dah kalau si gedik sotong kering sorang tu asyik menempel sahaja dengan Nuh. Kalau apa-apa mesti Sarah kena berdepan dengan Mia Arissa!

Konsep 'Over My Dead Body First' itu terpakai pada Sarah.

Macamlah Mia Arissa tu pemilil hak mutlak Nuh!

...

"Mestilah kakak dah makan. Maktok kakak pun masakkan favourite food kakak. Kenapa Nuh tanya macam tu?"

Sarah sengaja nak menduga Nuh. Nak juga dia tahu kenapa soalan terakhir itu boleh tertanya oleh lelaki itu.

"Kakak tak jawab kakak minum air apa..."

Tepuk dahi Sarah dibuatnya!

Nuh, Nuh...

"Kakak minum air sirap bandung."

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now