38

66 13 5
                                    

@ Mia Arissa's

Walaupun kejadian memalukan tempoh hari sudah berlalu untuk beberapa hari, tapi malunya masih terasa!

Mia Arissa seakan tidak boleh melupakan perkara yang terjadi semasa berada di rumah Hanim.

...

"Oh my god! Macam mana Nuh boleh berani nak malukan aku sampai macam tu sekali?"

Kepala sudah selesa mendarat di atas bantal yang sedikit leper itu. Tetapi mulut masih lagi mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa dirinya terpaksa berdepan dengan situasi seperti itu.

...

Haruslah egonya tercabar dan seakan disiat dan dipijak!

Mana pernah dirinya diperlakukan sebegitu oleh lelaki bernama Nuh.

...

Lelaki itu dahulunya selalu mengiyakan setiap keingingannya dan selalu memanjakan dirinya sehingga dirinya naik lemak!

...

"Macam mana lagi aku nak raih kepercayaan dan paling penting sayang lelaki tu? Kalau aku lambat, nanti habis semua plan aku!"

Mia Arissa yang mulanya terbaring melentang itu kini sudah mengiring ke kanan.

...

"Ini mesti ada orang dah hasut kepala otak si jantan tu! Tapi siapa je yang..."

"Sarah?!"

...

Tiba-tiba sahaja nama Sarah terpancul keluar daripada mulut Mia Arissa.

...

"Mesti perempuan tu dah hasut Nuh untuk bencikan aku! Dasar perempuan tak guna!"

Tanpa usul periksa, sesedap anak tekak Mia Arissa sahaja menuduh Sarah.

...

Mesti Sarah sedang tersedak!

Iyelah kome, orang tua-tua kan cakap kalau tersedak secara tiba-tiba mesti ada orang duk menyebut pasal kita.

...

"Tahulah aku nak buat apa dengan kau, Sarah! Siap kau kalau betul aku dapat tahu kau yang jadi punca Nuh benci aku!!"

Kalau sebelum ini fokus Mia Arissa adalah untuk meraih cinta Nuh tetapi sekarang fokusnya sudah beralih ke arah Sarah.

...

Sarah dan Nuh. Dua-dua menjadi sasaran Mia Arissa.

...

@ Umar's

"Uhukk uhukk uhukk..."

Bukan main kuat Sarah tersedak!

Sehingga berair matanya.

...

"Wehh over betul tersedak kau, Sarah!"

Walaupun ayat yang terkeluar daripada mulut berinsurance RM100,000.00 milik Saif itu kedengaran sedikit tidak membantu, tetapi tangannya pantas mengusap belakang Sarah.

Air putih juga dihulurkan.

...

"Aku tahu maggie asam laksa aku sedap tapi janganlah kau slurp sampai tersedak!"

Sarah menjulingkan mata ke atas ketika mendengar ayat masuk bakul angkat sendiri milik Saif.

Tapi tidak dinafikan memang umphhh betul rasa maggie asam laksa telur pecah buatan Saif malam itu.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now