48

54 6 4
                                    

@ Dip n Dip

Sarah sampai sedikit awal dan dia juga sudah membuat pesanan berdasarkan menu yang selalu dia pesan ketika makan di restoran itu.

Fettuccine Crepe with vanilla ice cream and dark chocolate sause.

Itu sudah cukup manis dan untuk mempercepatkan lagi proses untuk masuk ke hospital akibat kencing manis, Sarah juga telah memesan segelas Mighty Milkshake.

...

"Bukan selalu makan benda manis. Kali ni kita kasi all out lah..."

Sarah menyedapkan hatinya sendiri agar tidak terlalu rasa bersalah!

...

Memang Nuh seorang yang menepati masa.

Tepat pada masa yang dijanjikan, Nuh sudah terpacak di dalam restoran itu.

...

"Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk jumpa awak semula Sarah."

Nuh memulakan bual.

...

Kalau hendak tunggu wanita itu sendiri membuk mulut dan bercakap, memang sampai pengurus restoran halau mereka berdua pun belum tentu Sarah akan bercakap dengannya.

...

"No worries. Kalau nak cakap pasal yesterday's event tu tak payahlah. Saya tak nak ingat pun..."

Sarah memang sengaja mengelak daripada membincangkan isu semalam.

Dia seperti tidak mampu untuk berdepan dengan lelaki itu dan berdepan dengan perasaannya sendiri!

...

"Habistu macam mana dengan kenangan kita dulu? Awak pun nak lupakan semua tu?"

Nuh seperti biasa.

Akan sentiasa beriak tenang.

Dia bukan seseorang yang cepat terusik dek emosi.

...

"Kita? Atau kenangan saya sendiri? Awak tak ingat apa pun Nuh."

Sarah teremosi.

...

"Walaupun saya tak boleh ingat tapi saya dapat rasa, Sarah. Bagi saya peluang untuk cipta kenangan kita. Awak dan saya yang sekarang..."

Nuh memang nekad untuk jadikan Sarah wanita yang dicincinnya.

Tiada wanita lain tang boleh ambil jawatan yang satu itu.

...

Cinta itu sendiri memang ada sentuhan magisnya yang tersendiri.

...

"Apa jaminan yang awak boleh beri dekat saya Nuh?"

Sarah sebenarnya takut kalau hanya dia sahaja yang beriya dalam hubungan yang tidak tahu bila masa boleh terjalin?

...

"Perkahwinan itu sendiri satu percaturan. Tapi kita boleh sama-sama duduk untuk rangka percaturan biar semuanya berjalan lancar, Sarah..."

Ada betulnya setiap kata yang Nuh ungkapkan.

...

"Bagi saya masa. Benda ni macam tiba-tiba sangat, Nuh."

Sarah cuba untuk meminta ruang buat dirinya bertenang.

...

"Saya tunggu sampai awak sedia."

Dan segaris senyuman terlakar dibibir Nuh.

...

Sarah hanya diam sahaja.

...

Nuh sahaja yang rajin mengajaknya berbual.

Tapi tidaklah sepanjang-panjangnya mereka berbual. Ada masa, sepi menjadi peneman.

Hanya suara-suara pelanggan lain yang memeriahkan suasana.

...

Dari jauh Mia Arissa sudah panas hati melihat pasangan itu. Tidak betah dia dibuatnya saat itu.

Mahu sahaja dia datang dan menyerang Sarah.

...

"Low class! Dengan perempuan berhingus macam tu juga kau nak?"

Mia Arissa ni tak reti ke belajar yang setiap kata-kata kasar yang keluar itu hanya akan mengganggu hormonnya sendiri?

...

Kalau hendak rasa bahagia dan tenang, seseorang itu mestilah selalu ungkapkan kata-kata yang positive.

...

"Hari tu bukan main kau tolak aku mentah-mentahkan. Tapi sekarang aku nampak dengan mata kepala aku yang kau boleh mesra dengan perempuan tu?! Siallah kau ni Sarah!"

Eh tidak semena-mena Sarah turut menjadi bahan melempiaskan rasa amarahnya.

Dasar perempuan putus wayar.

...

Hilang sudah perasaan teruja untuk membeli belah pada hari itu dan akhirnya Mia Arissa membuat keputusan untuk balik sahaja ke rumah.

...

Dalam otaknya sudah bermacam-macam jenis rancangan keji dirangka. Dia akan pastikan hanya dirinya sahaja yang akan bergelar isteri buat Nuh.

Tiada perempuan lain yang boleh menyandang kedudukan yang satu itu. Hanya dia sahaja!

Titik.

...

Rancanglah macam mana sekali pun tapi kalau tuan badan tidak ingin melafazkan aqad memang sampai Malaysia turun salji pun dirinya tidak akan bergelar isteri.

Cakap pasal isteri ni teringat satu lirik lagu berkaitan isteri.

Nice songs!

...

Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku.

...

P/s: aku boleh cakap yang aku sendiri dig my own grave ya! Jalan cerita ni kena susun elok-elok. Tak boleh main lompat je hahaha sebab nanti macam tibahhhhh kau rokiah!

So aku update kali kedua untuk bulan ni hahaha. Jadinya, silalah VOTE dan COMMENT 🤗

Tiada Proofread ✅

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now