55

49 3 9
                                    

Nuh sudah bersiap mengemaskan barang-barang yang dia akan bawa pulang ke Malaysia. Sejak selesai solat subuh tadi Nuh sudah bersemangat untuk pulang ke sisi orang-orang yang dia rindu dan sayang.

...

"Pakcik, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi tumpangkan saya dekat rumah pakcik dan layanan pakcik sekeluarga pada saya memang sangat-sangat baik. Saya harap hubungan baik kita tak akan putus dan kalau ada masa lapang bolehlah pakcik datang rumah saya dekat Kuala Lumpur."

Nuh sangat-sangat berterima kasih dengan layanan baik yang dirinya terima daripada Pakcik As dan keluarga. Sampaikan Pakcik As sendiri menawarkan bantuan untuk menghantarkan dirinya ke lapangan terbang.

...

"Inshaallah, kalau ada kelapangan nanti pakcik sampailah dekat KL dan kalau panjang umur pakcik datang waktu pameran seni kamu tu nanti..."

Nuh tersenyum senang hati dan selepas mereka berdua bersalaman buat kali terakhir mereka berdua juga telah berpisah arah.

Penerbangan pagi menjadi pilihan Nuh. Macam sudah tidak sabar hendak pulang ke negara nampak gayanya!

...

Yang Nuh pasti apabila tayar kapal terbang itu mendarat di lantai KLIA dirinya akan menjadi sangat sibuk dan pastinya tiada masa untuk dirinya berehat. Dia harus memastikan pameran seni kali ini akan menjadi antara yang terbaik.

The best among the best!

Itu objektif utama yang Nuh pasakkan dalam dirinya.

...

'Kalau pameran kali ni tak berapa nak menjadi, kenalah aku buat cara lain untuk pastikan objektif aku tercapai!'

Ayat itu sentiasa bermain difikirannya sejak pertama kali idea untuk melaksanakan pameran itu muncul.

...

Tiada siapa tahu yang dirinya sudah tiba di Malaysia dan terus sahaja dia memesan kenderaan untuk membawanya pulang ke teratak keluarganya.

...

"Assalamualaikum!"

Suaranya kuat memberi salam agar orang di dalam dapat mendengar salamnya.

Tidak sampai dua minit, salamnya bersambut dari dalam dan orang pertama yang menyambut kepulangannya ialah Hanim sendiri.

...

"Ya Allah! Budak bertuah balik tak cakap pun dengan bonda! Hishhh, Nuh niiiiiii..."

Kuat suara Hanim membebelkan anak terunanya.

Muka anak terunanya ditatap seperti hendak tembus.

...

"Dekat Brunei tu tak ada jual shaver ke Nuh?"

Soalan sarkastik diajukan oleh Hanim.

Mukanya yang sebelum ini kemas dan bersih tanpa jambang kini sudah penuh dengan jambang. Cuma tidaklah berserabut. Dia masih lagi trim jambangnya agar tidak terlalu selekeh.

...

"Aik? Tak handsome ke Nuh ada jambang macam ni?"

Lain yang ditanya lain yang dijawabnya. Nuh tahu benar yang Hanim tidak berapa suka mukanya berjambang. Hanim mungkin suka 'clean shave' daripada imejnya yang sekarang. Hehe...

"Clean shave macam selalu lagi handsome..."

Kan dah cakap...

...

"Kak Mas mana? Tak nampak pun selalunya suara dia je sebatu dah boleh dengar?"

Mata Nuh melilau mencari kelibat Kak Mas.

...

"Ada ni hah! Apa sebut-sebut nama kita ni?"

Kak Mas datang dengan menatang seteko teh tarik.

Macam tahu-tahu sahaja yang Nuh memang teringin teh tarik buatan Kak Mas - penuh lemak dan rasanya memang sangat-sangat terbaik dari ladang!

...

Buktinya masa pertama kali Sarah menjamah air buatan Kak Mas memang tidak ingat dunia gadis itu menambah!

...

Sedang bertukar-tukar cerita dengan Kak Mas sempat lagi Kak Mas menyelitkan cerita tentang Sarah.

Pertemuaan antara dirinya dengan Sarah beberapa hari yang lepas dijadikan topik utama perbualan hari itu. Nuh bila dengar sahaja nama Sarah keluar dari bibir Kak Mas, terus bersemangat. Tetapi tidaklah terlalu ketara kerana tidak ingin terkantoi dihadapan Kak Mas.

...

"Sarah. Dia sihat ke akak?"

Soalan pertama yang keluar selepas mendengar cerita Kak Mas.

"Sihat tapi nampak macam dah susut sikit. Rasanya dia stress lah gamaknya sebab masa akak jumpa tu dia tengah dalam minggu peperiksaan."

"Janganlah stress sangat patutnya. Kenalah jaga kesihatan jugaaa..."

Nuh pula membebel macamlah Sarah itu berada didepannya!

...

"Nuh jangan nak ngata orang sangat kalau Nuh tengah dalam busy mode pun Nuh akan stress kan. Lagi teruk rasanya Nuh kalau nak dibandingkan dengan Sarah. Sebab kalau Nuh stress, Nuh terbang lepastu senyap berminggu-minggu!"

Tidak dilepaskan peluang untuk mengata anak majikannya yang seorang itu!

"Ek elehhhhh. Nuh cari ilhamlah akak. Mana ada lari!"

Sengaja mahu membela diri sendiri.

...

"Lagi satu patutlah Sarah tu susut Nuh. Sebab dia rasanya lepas ni dah nak terbang balik untuk duduk dengan keluarga dia di Brunei sana."

"Seriuslah Kak Mas??"

"Iyelah Nuh. Ibu bapa dia kan menetap dekat sana. Mestilah dia nak pindah semula dekat Brunei tu. Duduk Malaysia buat apa bukannya ada orang nak jaga dan ambil berat?"

Macam sesuatu sangat ayat Kak Mas itu. Macam tengah bagi hint untuk Nuh pantas membuka langkah untuk mencuri hati Sarah semula.

...

"Kalau akak pun akak buat benda yang sama. Tinggalkan Malaysia sebab nak tunggu orang sini untuk cincinkan jari akak lama sangat. Baik akak cari orang sana untuk cepat-cepatkan sarungkan cincin dekat jari manis akak ni hah!"

Kak Mas perasan Nuh sudah tidak senang duduknya. Terus dia menambah perasa tambahan dalam ayat terakhirnya sebelum dia meninggalkan lelaki itu sendirian. Hanim sudah lama naik ke bilik bacaan di tingkat atas.

"Tapi tulah, itu kalau akak jadi Sarah. Tapi akak harap sangat akan ada lelaki yang berani dan sedia untuk jaga Sarah elok-elok... Okaylah Nuh, akak nak sambung kerja kejap dekat dapur..."

"Kalau nak, kena usaha. Jangan give up walaupun orang dekat sana tu macam shy-shy cat..."

Pulakkkkkkk.

Kak Mas memang sengaja mengenakan Nuh!

...

Lelaki itu terus terdiam dan berfikir jauh.

"Iya! Aku kena cepat!"

Ayat itu keluar dari mulut lelaki itu.

Penuh semangat!

...

P/s: Hi!! Lama kannnnn aku tak update?! So nahhh bab baru. Kalau tak best, maafin. Nanti ada masa aku sambung bab seterusnya! Enjoy!!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now