31

79 13 7
                                    

Recent time

Awal-awal lagi Sarah sudah meminta Saif untuk menemaninya untuk pergi membeli belah hadiah untuk diberikan kepada orang-orang yang banyak memberikan kenangan manis dalam hidupnya sepanjang tiga bulan dirinya bekerja sebagai penjaga.

Sudah tentulah mereka merupakan orang teristimewa yang berjaya mendapat tempat di hati Sarah iaitu Hanim dan Kak Mas. Untuk seorang lagi mahkluk tidak diundang itu, jangan haraplah Sarah akan memberikan hadiah!

Siapa lagi kalau bukan Mia Arissa! Memang rakyat Malaysia perlu tengok dekat luar rumah, kot-kotlah Malaysia tengah turun salji ke sampai Sarah boleh belikan Mia Arissa hadiah!

...

"Hujung minggu ni nak pergi mall mana?"

Saif bertanyakan soalan kepada Sarah. Dia harus tanya kepastian daripada Sarah lebih awal kerana tidak mahu masa terbuang begitu sahaja ; ambil masa yang agak lama untuk menentukan destinasi yang bakal mereja tujui pada hujung minggu nanti.

"Pergi IOI jom?"

Sarah sudah memberikan cadangannya kepada Saif dan Saif tanpa banyak soal terus bersetuju. Yang hendak mencari hadiah itu adik kembarnya, jadi haruslah adik kembarnya lebih tahu tempat mana yang boleh beli semua hadiah-hadiah itu nanti.

"Onz! Ke IOI lah kita hujung minggu nanti."

Saif dan Sarah sudah kembali senyap dan sambung membuat kerja masing-masing.

...

Hujung minggu // @ IOI Puchong

Setiap ceruk kedai yang menarik perhatian sudah pasti Sarah akan masuk dan diheretnya bersama Saif. Kehadiran Saif sangat-sangat diperlukan kerana Sarah perlu meminta pandangan Saif samada barang itu sesuai atau tidak untuk dijadikan sebagai hadiah.

Walaupun kebanyakkan pandangan dan idea yang diberikan oleh Saif akan ditolak dan dikritik oleh Sarah, Saif akan tetap melayan kerenah adik kembarnaya. Tapi kalau dah kering air liur bertekak dengan Sarah, memang tahan telinga juga Sarah mendengar bebelan Saif.

...

"Kau ni pakkal je adik tau, kalau tak dah lama aku ketuk dahi tu kasi lebam. Dah lah aku ni haus lepas tu kau punya tak nak kalah tu menambahkan haus tekak aku je tahu, Sarah??"

Saif sudah bercekak pinggang bila pilihan kelimanya ditolak mentah-mentah.

"Alaaa kau ni janganlah marah-marah nanti adik promoter tu takut nak tackle kau tau, Saif! Nanti single sampai tua. Dah kita dua kena register rumah orang tua sama-sama..."

Kalau bergu bertekaknya ialah Sarah, memang banyaklah jawapan yang akan dikeluarkan. Sarah tidak akan membiarkan Saif marah lama-lama. Nanti suasana ceria dan damai boleh bertukar keruh dan mendung!

...

"Kau belanja aku Boost then aku kira kosong-kosong!"

Sarah sudah menjulingkan matanya ke atas.

Tahu sangat dengan perangai kaki pau seorang Saif!

...

"YELAH! Kau nak Boost sampai perut kembung pun aku boleh belikan. Asalkan kau teman aku sampai aku habis shopping hadiah nak bagi dekat my beloved ones."

"DEAL! Marilah kita menyambung pencarian hadiah untuk orang tersayang kau tu. Tak sabar! Tapi sebelum kita masuk kedai seterusnya, aku memang nak air tu."

"Okay. Jom, aku pun haus juga sekarang ni..."

"Jom!"

...

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now