21

72 13 12
                                    

Di Brunei

Sepanjang 2 hari di Brunei, memang Sarah tidak berhubung dengan sesiapa di Malaysia tapi dengan Kak Mas tu adalah juga. Tu pun sekadar tanya 'tengah buat apa?' 'seronok tak dapat tinggalkan Kak Mas?'. Pertanyaan yang biasa-biasa sahaja.

...

"Ibu, hari ni Sarah nak makan chili crab boleh ke?"

Ceh pura-pura tanya!

"Bolehlah apa yang tak bolehnya. Untuk anak dara sorang ni tapi Sarah kenalah tolong ibu dekat dapur."

Indah memang begitu. Layankan sahaja ragam anak-anaknya. Mereka pun jarang sangat dapat meluangkan masa bersama jadinya bila dapat berkumpul bersama ni memang Indah tidak lepaskan peluang.

"Mestilah Sarah tolong ibu! Sarah dah reti masak sikit-sikit tau ibu sebab maktok selalu ajar masak tapi kalau masakan tu susah memang Sarah angkat tangan awal-awal, hehehe..."

Sakan berceloteh itu dan ini.

Zaihah pun sama-sama berada di dapur.

Dia pun rindukan anak menantunya.

...

"Hmm bolehlah. Retilah juga masak."

Zaihah sengaja mengusik cucunya.

"Cehh maktok segan nak puji Sarah tu ibu. Takpe kita faham maktok!"

Mereka bertiga ketawa senang hati.

...

Resepi chili crab itu Sarah sudah tulis di dalam journal.

Bolehlah nanti Sarah tunjuk bakat memasak masakan itu dan bolehlah bagi Kak Mas dan Hanim merasa air tangannya.

Ohh, lupa ada tertinggal sorang lagi!

Nuh.

Nuh pun bakal rasa air tangannya memasak chili crab kalah chili crab yang pernah mereka sekeluarga makan semasa bercuti ke Singapura.

Yakin teruk ni!

...

Memang jarang untuk Sarah berkepit dengan telefon kalau sudah berjumpa dengan Ilyas dan Indah.

Pukul 10:30 malam baru Sarah berkesempatan melihat notifikasi di telefonnya.

Beberapa notifikasi daripada Instagram menyatakan ada 4 new follow requests.

3 new messages daripada Ainur Si Pegumpul Hobi.

30 new messages daripada group Personal Shopper Nina melalui aplikasi Telegram.

10 new messages daripada group Liburan Yuk dan Aunty Hanim melalui aplikasi Whatsapp.

...

Yang menarik perhatian Sarah adalah notifikasi daripada Hanim.

Aunty Hanim: Salam Sarah, maaf kacau Sarah.

Aunty Hanim: Tapi boleh ke kalau aunty nak FaceTime Sarah? Nuh nak cakap dengan Sarah...

Aunty Hanim: Tapi aunty faham kalau Sarah busy. Jumpa nanti okay, Sarah. Kirim salam your family.

Aunty Hanim: We all miss you so much especially Nuh.

...

Tak sampai hati pula hendak biarkan mesej itu tidak berbalas.

Sarah terus membalas chat Hanim walaupun dia sudah terlewat 25 minit.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now