28

71 12 6
                                    

Imbas kembali

Sejak peristiwa Nuh tahu yang Mia Arissa menipu dirinya, hubungan mereka seakan-akan telur di hujung tanduk. Pada bila-bila masa sahaja hubungan mereka berdua boleh ke garisan penamat. 

Tapi yang tak fahamnya bila Nuh ni masih lagi melayan Mia Arissa baik. Kalau orang lain tu memang mendapatlah Mia Arissa tapi sebabkan Nuh bukan macam lelaki lain, jadinya semakin naik lemaklah Mia Arissa.

Tak tahulah bilanya dia akan berubah dan menyesal dengan perbuatannya. Sepatutnya bila mendapat pasangan sebaik Nuh, dia haruslah menghargai kehadiran lelaki itu. Bukan pasang scandle kiri kanan depan belakang. Apa yang kurangnya Nuh pun tak tahulah.

...

Lama juga mereka tidak berjumpa tapi pada pukul 11 pagi itu, Nuh membuat keputusan untuk berjumpa dengan Mia Arissa. 

"Mungkin aku kena slow-talk dengan Mia dan mungkin aku yang kurang bagi perhatian dekat dia?"

Nuh bercakap sendirian sambil tangan menekan punat 'start' keretanya. 

... 

"Semoga baik-baik sahaja pertemuan aku dengan Mia pagi ni..."

Nuh sudah bertekad untuk memulakan semula hubungan mereka berdua. Sayanglah hubungan yang terjalin sejak sekian lama ini terpaksa berakhir dengan perpisahan. Buang masa sahaja jika dibiarkan terhenti sekerat jalan.

Umurnya juga sudah semakin meningkat dan dia mahukan hubungan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah iaitu perkahwinan. 

...

Naifnya seorang Nuh.

...

Sebelum masuk ke persimpangan rumah yang didiami oleh Mia Arissa, sempat lagi Nuh berhenti di kedai bunga yang terletak berdekatan dengan galerinya.

...

Di ME.K.AR

"Selamat datang ke MEKAR. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

Petugas yang sedang menyusun beberapa buah bekas bunga itu terhenti seketika kerjanya dan mula menyapa ramah kehadiran Nuh.

...

"Dik, tolong prepare a bouquet of pink roses."

Nuh juga membalas dengan nada mesra. 

Dia memang suka membeli bunga di sini sebab servise yang ditawarkan sangat memuaskan hati dan paling penting, para pekerjanya memang sangat ramah dan arif bab-bab bunga serta skil gubahan mereka juga memang tip top!

...

"Total is RM105.60"

Melisa memberitahu harga untuk sejambak bunga ros bewarna merah jambu kepada Nuh.

Nuh memang sudah sedia tahu dengan range harga itu tidak langsung terkejut. 

Selesai membuat pembayaran, Nuh terus mengucapkan terima kasih dan mula bergerak ke keretanya semula.

...

Kalau aku dah lama buat muka terkejut! Mahal amat! Baik belikan makanan...

(Tapi, aku pun suka kalau orang bagi bunga)

...

Dalam perjalanan menuju ke rumah Mia Arissa, Nuh seperti tidak sedap hati. Tapi dia sehabis baik cuba untuk menepis perasaan yang bersarang dalam hati dan fikiranya. Macam-macam perkara duk terlintas dalam mindanya. 

"Jangan fikir yang bukan-bukanlah. Niat kau sekarang cuma nak berbaik and start over untuk semua benda between kau dengan Mia."

Nuh menyedapkan hatinya. 

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now