10

83 14 6
                                    

Tengah rancak bersembang dengan Saif, Indah menelefon Sarah melalui FaceTime.

Jadinya malam itu mereka anak beranak dapatlah melepaskan rindu di antara satu sama lain.

Sarah terlupa sebenarnya nak facetime Indah bila dapat berborak dengan Saif!

Ciri-ciri orang bakal nyanyuk awal sudah jelas terserlah dalam diri Sarah Ilyas.

Hehehe...

...

@ Hanim's

Hanim dan Nuh sedang duduk di ruang tamu.

Nuh yang leka bermain patung Buzz Lightyear itu dipandang sayu.

...

"Kesian anak bonda ni..."

Kepala Nuh diusap perlahan.

Nuh sedikit terganggu fokusnya bila Hanim menyentuh kepalanya.

...

"Nuh sayang sangat bonda..."

"Bonda pun sayang sangat dekat Nuh..."

Memang begitulah Nuh.

Bila Hanim mengusap kepalanya atau ada sentuhan kasih seorang ibu, pasti Nuh akan mengatakan yang dia sayangkan Hanim.

...

"Bonda doakan Nuh cepat sembuh. Bonda nak tengok Nuh macam dulu..."

Nuh memang tidak mengerti apa yang Hanim katakan yang dia tahu Hanim seperti sedang bersedih sahaja saat itu.

Buzz Lightyear diletakkan di penjuru meja kayu jati dan Nuh duduk di sebelah Hanim.

Tanpa dipinta, Nuh terus memeluk Hanim.

...

"Bonda jangan sedih. Nuh janji akan dengar cakap bonda, Kak Mas and kakak."

"Nuh tak akan nakal-nakal lagi."

Memang macam budak kecik cara pertuturannya.

"Nuh mana ada nakal, sayang."

Hanim mengusap ubun-ubun kepala anak lelakinya.

Bila mendengar perkataan 'kakak' terus membuatkan Hanim teringatkan Sarah.

...

"Nuh suka ke bila kakak jaga Nuh?"

Hanim nak juga tahu sama ada Nuh serasi atau tidak dengan Sarah.

"Suka! Kakak baik!"

Haruslah baik, dah kalau tengah hari tadi Sarah tunaikan janjinya dengan memberikan chocolate!

Petang tadi pun dapat pelepasan untuk bermain di taman.

Cuba kalau Sarah tak layankan permintaannya mahu Nuh bantai Sarah kaw-kaw dengan mengatakan Sarah itu kejam dan seorang yang berkuku besi!

Hahaha.

Hiperbola teruk ni...

...

Hanim ingat macam mana Sarah melayan kerenah Nuh semasa di taman permainan petang tadi.

Sarah tak malu untuk melayan kerenah Nuh bila banyak mata yang memandang mereka berdua pelik.

Lagi-lagi bila mereka semua melihat Nuh.

Hanim memerhatikan teletah Sarah dan Nuh dari jauh.

Jelas nampak yang Nuh memang betul-betul selesa bila dengan Sarah.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now