22

73 13 11
                                    

< Sebelum ni aku pernah cerita pasal moment pertama Nuh dan Mia Arissa boleh pegang title pasangan kekasih kan? Jadinya sekarang aku nak sambung and reveal bit by bit peristiwa macam mana Nuh boleh jadi sedemikian rupa >

...

Imbas kembali: Situasi 1

Selepas kejadian di mata Mia Arissa tetap berdegil mahu berjumpa Hanim dengan pakaian sebegitu rupa, memang penatlah Nuh menahan telinga mendengar bebelan Hanim. Hati lelaki itu terpaksa ditabahkan agar tidak cepat terasa hati dengan komen-komen yang keluar daripada mulut bonda tersayang, Hanim.

...

"Nuh, bonda bukan nak jadi prejudice tapi bonda memang tak berkenan sangat dengan apa yang kawan perempuan Nuh tu pakai..."

Mukadimah sahaja sudah panjang. Itu belum lagi masuk isi-isinya lagi.

"Nuh nak bonda sakit mata setiap kali tengok pakaian dia, is it?"

"Tapi nanti Mia boleh berubah bonda. Kan manusia boleh berubah?"

Haruslah Nuh mencuba untuk mempertahankan kekasih hatinya. Takkan nak biarkan sahaja Hanim memberikan headshot kepada Mia Arissa.

...

"Kalau kamu mampu didik dia Nuh."

Fuhhh menusuk ke kalbu betul kata-kata Hanim malam itu.

"Nuh carilah orang lain untuk dijadikan calon isteri. Biar sejuk mata bonda menegoknya!"

"Kamu nak ke isteri kamu jadi barang pameran?"

Itu bermaksud Hanim tidak berkenan kalau Mia Arissa bakal menjadi calon menantunya.

...

"Tapi bonda..."

"Nuh fikir-fikirkan apa yang bonda cakap ni. Dah lah sekarang bonda tak rasa nak teruskan perbincangan malam ni..."

Sebelum sempat Nuh memberikan hujahnya, Hanim sendiri sudah angkat kaki untuk naik ke bilik tidurnya di atas.

...

Sejak peristiwa malam tu, banyak kali juga Nuh cuba untuk mendidik Mia Arissa secara perlahan-lahan untuk menutup auratnya. Biar pun tidak bertudung, yang penting Mia Arissa melabuhkan pakaian dengan memilih pakaian yang cukup kain.

Dan setiap kali itu jugalah mesti akan ada perbalahan di antara mereka berdua. Sampai kering air liur jugalah kalau bertekak pasal benda yang sama seperti itu.

Bukan sekali dua tapi sudah berkali-kali Nuh cuba memujuk dan setiap kali itu jugalah Mia Arissa akan menepis segala penerangan Nuh. Membatukan dirinya sehingga lelaki itu sendiri dengan rela hati mengangkat bendera putih setinggi Gunung Kinabalu!

...

"Aku betul-betul mampu ke untuk didik Mia?"

Soalan itu sudah kerap sangat bermain-main dibenak dan mulutnya tetapi dia masih tiada jawapan untuk soalan itu. Akhirnya hanya keluhan sahaja yang terkeluar daripada mulutnya.

"Huhhhh..."

...

Nuh dan Mia Arissa memang jarang keluar bersama pada waktu malam. Kalau boleh waktu malam memang Nuh tidak mahu keluar rumah sebab dia memang tidak biasa berhibur pada malam hari. Apa-apa hal, kasi settle pada siang hari.

Ikutlah pada apa yang Allah pernah cakap dalam al-quran Surah Ghafir, ayat 61 yang bermaksud:

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now