27

94 12 5
                                    

Tinggal lagi dua minggu sahaja lagi sebelum Sarah berhenti kerja dan menyambung semula tugasnya sebagai seorang pelajar tahun akhir.

Dan sejak itu jugalah Kak Mas selalu sangat sedih tiba-tiba. Kadang-kadang tu bila tengah berborak sambil makan bubur cha-cha dengan Sarah, Kak Mas boleh berubah mood sedih.

...

"Lepas ni akak dah tak ada kawanlah nak berborak sebab Sarah pun dah nak berhenti. Sorang-sorang baliklah akak lepas ni..."

Habis je cakap tiba-tiba mengalir aje air mata Kak Mas. Tubir mata Sarah juga sudah berlinang. Sehabis baik dia tahan daripada sama-sama menangis dengan Kak Mas.

Sarah sememangnya tidak suka menangis depan orang. Dia lebih rela menunjukkan sisi cerianya di hadapan semua daripada menunjukkan sisinya yang sedang bersedih.

...

"Alaa akak ni! Tak naklah sedih-sedih. Sarah bukannya pindah luar negara. Senang-senang boleh je kita jumpa, kan?"

"Sarah kalau tak ada kelas atau betul-betul tengah lapang, datanglah jumpa akak dengan Nuh. Akak mesti akan rindu Sarah."

"In shaa Allah, Sarah melawat akak kalau Sarah free. Kalau tak datang rumah ni pun kita boleh pergi jalan-jalan macam hari tu."

Manalah Sarah sanggup hendak melupakan Kak Mas. Mereka sudah kenal hampir 3 bulan. Ikutkan perancangan awal Sarah, dia mahu bekerja dalam 2 bulan sahaja tapi lama-lama dia ubah fikiran dan habiskan tempoh 3 bulan menjadi penjaga Nuh.

...

Tersenyum kecil Sarah bila mengingati semua peristiwa dan kenangan dari hari pertama bekerja di rumah Hanim sehingga sekarang.

...

Hujung minggu nanti memang Sarah sudah booked Saif untuk menemaninya mencari hadiah untuk diberikan kepada Hanim, Kak Mas dan Nuh.

Sebagai tanda penghargaan.

Dia sudah tahu hendak belikan apa untuk mereka bertiga kerana menerima baik kehadirannya di dalam rumah itu.

...

Pada petang rabu, sebelum Sarah balik, Hanim sudah menyampaikan pesan untuk dirinya.

"Kalau rindu, pintu rumah aunty sentiasa terbuka untuk terima kehadiran Sarah. Masa tu bukan sebagai penjaga Nuh dah tapi sebagai tetamu yang kami semua alu-alukan."

Dan Hanim juga sudah memberitahu bahawa pada minggu terakhir Sarah bekerja nanti, Hanim akan membawa Sarah untuk makan malam bersama-sama di luar.

Jadinya Sarah akan memberikan token of appreciation kepada mereka bertiga pada malam makan malam itu nanti.

...

Hari -hari terakhir sebelum Sarah berhenti bekerja.

Rutin hariannya masih sama. Tiada apa-apa yang luar biasa. Cuma Sarah perasan yang Nuh macam sudah berubah.

Tak banyak bercakap dan lebih suka terperap dalam bilik tidur.

Jarang dah Sarah hendak mendengar Nuh merengek nak itu dan ini. Nak nampak lelaki itu ketawa pun sekarang sudah susah.

Kuranglah peminat lawak hambar Sarah.

'Hmm susah ni nak cari peminat lawak hambar aku bila Nuh nampak macam dah tak berminat...'

Menyempat lagi Sarah berkata begitu. Dia bukannya nak tunjuk perasaan risau sebab Nuh macam berkelakuan lain tapi risau sebab kurang sorang peminat lawak hambarnya pula.

...

Sarah pun tak tahu puncanya kenapa. Bila ditanya, memang Sarah tahu takkan ada jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now