33

79 15 13
                                    

Selepas kejadian terserempak dengan Nuh di bahagian makanan ringan tadi terus sahaja Sarah berubah diam dan tidak senang duduk. Sudah serupa cacing kepanasan  pun iya juga - tidak duduk diam.

Kepalanya asyik duk meninjau keadaan sekeliling seperti hendak memastikan musuh tidak membuat serangan hendap terhadap kawasan jajahan milik Sarah!

...

Saif yang dari tadi menjadi pemerhati itu hanya diamkan sahaja dan bila Zaihah sudah bergerak jauh sedikit daripada mereka berdua, terus sahaja tubuh tinggi kembarnya didekati.

Saif ini merupakan bukti yang lelaki juga ada sifat ingin tahu a.k.a sifat membawang!

'Eh mana ada membawang, ni sifat abang kembar yang prihatin terhadap perubahan watak adik kembar hokey!'

Saif membela diri sendiri...

...

"Kau kenapa? Ada benda yang jadi ke tadi? Dan mana chocolate yang kau nak beli tadi?"

Saif ni pun, kalau nak tunjuk sifat prihatin pun janganlah terus tanya banyak soalan dalam satu masa!

Take it slow lah sikit kalau ye pun nak buktikan sifat abang prihatin!

...

Sarah sedikit terkejut bila tiba-tiba suara Saif kedengaran dekat dengan telinganya.

...

"Ish! Terkejutlah aku, Saif!"

Mana tak terkejut, kalau fikirannya duk memutar semula kejadian yang dia sendiri tidak sangka akan berlaku.

Bertemu dengan Nuh!

...

"Sorry, tapi sekarang ni cuba kau jawab 3 soalan yang aku tanya dekat kau tadi tu... Jangan nak buat aku risau bila tengok kau jadi macam orang yang anxious nak main hide and seek tengah-tengah Lotus ni!"

Selalunya lelaki akan menggunakan rata-rata 2000 hingga 4000 perkataan setiap hari tapi nampak gayanya kajian ini tidak terpakai terhadap Saif?

...

Sarah sudah membuat muka malas melayan Saif tapi tetap juga dia layankan setiap soalan Saif itu.

...

"Untuk soalan pertama kau jawapannya aku tak senang duduk sekarang ni. Rasa macam nak masuk dalam kereta sekarang juga."

"Untuk soalan kedua kau pula aku terserempak dengan Nuh."

"Dan untuk soalan terakhir kau, aku tak jadi beli chocolate tu sebab dah habis. Jadinya aku dah habis jawab kesemua soalan kau dan sekarang kau jangan kacau aku, boleh?"

...

Sarah betul-betul berharap agar Zaihah akan cepat-cepat menghabiskan misi pencarian barang keperluan dan mereka boleh bergegas meninggalkan Lotus.

Dan!

Sarah sangat berharap agar Saif tidak menyoalnya lebih-lebih untuk saat ini. Dia tiada mood untuk melayan soalan sesiapa pun saat ini. Tunggu balik rumahlah baru moodnya akan kembali normal.

Sarah perlukan oxygen!

SOS

...

"Okay. Aku tengok maktok, kalau dah siap then kita boleh ciao terus. Jom."

10/10 markah yang Sarah berikan kepada Saif malam itu!

...

Beruntung ada kembar yang sangat memahami dan boleh dikatakan yang Saif memang seorang abang yang prihatin.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now