29

74 9 4
                                    

sambungan untuk imbas kembali

Nuh sudah tergeleng-geleng bila melihat raut wajah yang sudah basah dengan air mata itu.

Air mata kepalsuan!

...

"I dah dengar semuanya Mia. You jangan nak reka cerita bohong. Jangan nak cakap yang you jadi mangsa dalam isu ni! You ingat I tak dengar ke semua benda yang you bualkan dengan lelaki entah siapa-siapa tu!"

"Nuh! Tu semua..."

Belum sempat Mia Arissa hendak membalas, Nuh terlebih dahulu menyambung katanya. Dia masih belum puas untuk menghamburkan kata-kata dan perasaannya terhadap wanita itu!

...

"You tahu tak selama ni I cuba untuk yakinkan bonda yang I boleh didik you untuk jadi isteri terbaik untuk I. I cuba sehabis baik untuk buat bonda sayang dekat you tapi I rasa semua tu macam tak bergunalah Mia. Tak padan dengan apa yang I lakukan. You balas dengan benda ni."

"You bukan pernah gugurkan anak untuk pertama kali tapi dah FEW TIMES! You tidur dengan lelaki lain belakang I. You tak pernah nampak ke effort I untuk halalkan you, Mia? Tak pernah nampak sikit pun ke?!"

Jelas yang Nuh sedang kecewa.

Sangat-sangat kecewa dengan semua perkara ini tapi takkanlah dia nak balun Mia Arissa.

...

"Sayang, please..."

"Don't call me sayang if you don't mean it!"

Mia Arissa cuba untuk meraih tangan Nuh tapi cepat Nuh mengalihkan tangannya daripada disentuh oleh wanita itu.

...

"Okay fine! I mengaku bersalah. I memang dah terlanjur tapi tu tak bermaksud you boleh hukum I! You bukannya Tuhan sampai boleh judge I."

Wow, sekarang Mia Arissa sudah pandai memainkan sentimen agama dalam bahasnya! Tahu pula wujudnya Tuhan dalam hidup tapi kenapa diri sendiri tidak pernah hidup seperti bertuhan?

...

"Kita jaga anak ni? I tak gugurkan sebab I sayang anak ni, Nuh."

Selain ratu drama, Mia Arissa juga telah berjaya menyandang satu lagi gelaran baru iaitu RATU SEMBANG KARI

...

Sudah terang-terang yang dia tidak pernah mahu untuk simpan anak yang tersemai di dalam rahimnya, tapi ini boleh pula dia cakap yang dia sayangkan anak itu?

Tak ke Mia Arissa ni ratu sembang kari?

Jelas sangat kaki putar belitnya! Kalau jadi peguam ni memang layak sangatlah.

...

Nuh sudah mengelengkan kepalanya beberapa kali. Tanda dia sudah serabut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Mia Arissa. Boleh sakit otak bila mendengar setiap ayat yang keluar daripada mulut wanita itu.

Semuanya dusta semata-mata.

...

"MIA! JUST STOP IT!"

Nuh sudah meninggikan suaranya. Kali ini memang dia sudah bertekad untuk berundur keluar daripada hidup wanita yang pernah dia sayangi, Mia Arissa.

...

Mia Arissa sakit hati bila melihat Nuh yang marah-marah akan dirinya. Haruslah dia marah sebab mana pernah Nuh tinggikan suaranya sepanjang mereka bercinta. Ini kali pertama!

Egonya tercalar. Terasa seperti dihina seteruk-teruknya oleh Nuh.

...

Rasanya, memang layak pun kalau Mia Arissa dihina!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now