35

87 12 8
                                    

Setelah lama menghilang, kini Mia Arissa kembali bertekad untuk meneruskan misinya untuk berkahwin dengan si bekas kekasih.

Tidak betah rasanya hidup seorang Mia Arissa selagi hajat di hati untuk bersuamikan Nuh belum kesampaian.

...

"Aku dah tak ada cara lain dah selain daripada kahwin dengan Nuh! Aku tak nak hidup merempat dan tak tentu hala macam sekarang ni!"

Mulut lancar mengungkapkan kata-kata. Penuh tekad!

Macam mana tak penuh tekad dan semangat waja bila diri Mia Arissa sekarang sudah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup bermodalkan duit yang kian menyusut, jadinya wajarlah Mia Arissa menjadi risau dan memasang tekad serta niat suci murni untuk menamatkan zaman bujangnya. Kan?

...

"Aku kena plan cara macam mana nak pastikan lelaki tu jatuh dalam tangan aku! Kalau nak kena perangkap Nuh dengan cara kotor sekali pun pedulilah! Yang penting Nuh jadi milik aku!"

Suara Mia Arissa kembali memenuhi ruang bilik sewanya itu. Nuh is the only life savior yang boleh menyara hidup Mia Arissa yang tidak kurang serupa biawak hidup itu.

...

Selang beberapa hari, akhirnya Mia Arissa kembali menampakkan wajahnya di rumah Hanim.

Semenjak Sarah berhenti kerja, Mia Arissa juga secara tiba-tiba berhenti 'kerja' dengan alasan terpaksa berhenti kerana kini wanita itu sudah mendapat kerja di salah sebuah syarikat.

"Mia minta maaf aunty sebab Mia dah tak boleh jaga Nuh macam selalu. Sekarang rezeki Mia dapat kerja sebagai secretary Dato' Razmin."

Secretary lah sangat!

Padahal dia dan Dato' Razmin itu telah menjalinkan hubungan sulit! Orang cakap scandal dengan figura berpangkat Dato' itu lebih untung kerana setiap bulan tanpa culas pasti Dato' Razmin akan memasukkan hampir lima angka ke dalam akaun bank milik Mia Arissa.

Tapi selepas isteri pertama dan kedua Dato' Razmin dapat menghidu hubungan sulit suami mereka, memang sakan Mia Arissa menjadi target untuk diganyang secara berjemaah oleh madu-madu itu.

Dan terpaksalah hubungan yang berlandaskan nafsu semata itu terputus ditengah jalan. Jalan menuju neraka! Padanlah putus sebab Allah tidak pernah redha.

Punca sebenarnya sudah pasti Mia Arissa tidak sanggup untuk berdepan dengan lelaki yang 'biul' otaknya! Tidak kuasalah Mia Arissa hendak melayan kerenah sewel budak berumur 5 tahun itu!

...

Dan inilah punca utama kenapa Mia Arissa kembali dengan misi untuk memenangi hati Nuh semula.

...

Cintanya kepada lelaki itu entah ada entah tidak. Yang paling utama buat Mia Arissa adalah duit, duit dan duit.

...

@ Hanim's

Loceng rumah ditekan beberapa kali. Penuh sabar Mia Arissa menanti tuan rumah untuk membuka pintu pagar automatik itu.

Bakul kecil yang berisi buah-buahan itu dipegang erat dan wajah turut dimaniskan selepas sahaja pintu pagar itu terkuak sedikit demi sedikit.

...

Melihat wajah Hanim yang sedang berdiri tidak jauh dari pagar itu membuatkan Mia Arissa tersenyum.

Watak perempuan sok suci dan naif sudah sedia untuk dilakonkan oleh Mia Arissa sekejap nanti.

...

"Assalamualaikum aunty Hanim!"

Haruslah beri salam, kata sok suci kan?

...UNTUK SARAHNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ