14

77 12 8
                                    

Mia Arissa sudah siap-siap untuk memulakan misi pertamanya.

Selepas berehat di hotel berkelas 3 bintang itu, Mia Arissa terus merancang beberapa perkara di dalam otaknya dan dia siap yakinkan diri sendiri yang dia boleh berjaya dalam mencapai target-nya!

Itu sahaja yang dia mampu! Takkan nak demand tidur hotel 5 bintang tapi duitnya nan hado!

Sekarang dia masih tidak jumpa mana-mana lubuk emas untuk dijadikan mata pencarian.

Mata pencarian apa kejadahnya lah si Mia Arissa ni. Pelik-pelik je budak sorang nilah.

Lagi pula, Mia Arissa harus berjimat sebab dia juga harus mencari rumah sewa dan paling teruk pun bilik sewa.

"Ranaplah duit aku kalau nak stay hotel lama-lama!"

Rungut Mia Arissa.

Kalau nak tahu Mia Arissa dan merungut tu dah macam kembar siam. Melekat. Bukan Mia Arissa lah kalau tidak merungut!

Hailahhh...

...

Jari runcing dan melintik milik Mia Arissa itu laju mengesek skrin telefon pintarnya mencari nama Bady. Ceh nama Badrul tapi sebab nak nampak Abad ke-21, terus bertukar jadi Bady. Dah macam badi pun iye juga!

Dalam dua kali percubaan baru Bady menjawab panggilan.

Angin satu badan Mia Arissa dibuatnya bila Bady lambat menjawab panggilannya tadi.

"Kau buat apa lembab sangat nak angkat call aku? Bodoh ke?"

Memang cantik betul bahasa yang Mia Arissa gunakan kepada Bady.

Cik kak ni lupa ke yang dulu pernah ada slogan Bahasa Jiwa Bangsa?

Mesti masa sekolah dulu mesti Mia Arissa selalu ponteng sebab tu tak pernah tahu kewujudan slogan yang satu itu dan akibatnya dia tak pernah aplikasikan dalam kehidupan sehariannya!

...

"Sedap anak tekak kau je terus nak sembur aku bodoh."

Bady seperti tidak terkesan mana pun dengan bahasa kasar yang digunakan oleh Mia Arissa kepada dirinya. Mungkin dia pun sudah terbiasa dengan layanan sebegitu?

...

"Whateverlah! Weh Bady, kau tolong aku dapatkan kereta murah boleh?"

Mia Arissa terus sahaja ke topik utama. Malas mahu berbasa basi dengan Bady.

'Tak kuasa aku nak berbual lama-lama dengan si Bady ni! Bukan ada faedah pun yang dia boleh bagi aku melainkan benda-benda remeh, bolehlah minta tolong si Bady ni!'

Nampak betul tidak ikhlas si Mia Arissa ketika menelefon Bady saat itu.

...

"Aik kereta murah je? Bukan kau tak pandang ke kereta murah ni sebab kau kata tu bukan level kau?"

Setepek Bady berikan kepada Mia Arissa.

Mia Arissa sudah bengang dengan kenyataan lancang lelaki itu!

'Celaka punya Bady!'

...

"Kau nak kereta macam mana?"

Bady pun malas nak bertekak dan dia tahu sangat nanti mesti ada yang melenting. Tak Mia Arissa yang melinting sebab kena sembur dengan ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya mesti dirinya sendiri akan melinting bila mendengar mulut puaka Mia Arissa berbicara.

...

"Bajet aku dalam RM15 ribu. Kereta apa boleh dapat?"

"Myvi."

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now