17

90 12 11
                                    

@ Tok and Maktok's

Sarah seperti tidak senang duduk setiap kali memikirkan perkara yang satu itu. Fokusnya memang terus ke Laut Mati. Satu habuk pun Sarah tidak boleh hendak fokus dan ini semua gara-gara tingkah laku Mia Arissa yang sudah beberapa hari menjadi 'rakan sekerjanya'!

Bila ingat balik setiap kali mereka berdua bertentang mata mesti akan ada keluhan yang terkeluar daripada mulut Sarah. Macam mana entahlah Mia Arissa itu boleh bekerja dengannya sebagai penjaga Nuh.

Kalau ikutkan hati, memang Sarah hendak angkat bendera putih dan pacak di atas bumbung kereta Hanim. Biarkan majikannya yang baik hati itu tahu yang dirinya sudah hampir tersungkur ke tingkat yang paling bawah sekali!

...

"Huhh..."

Untuk malam itu sudah berapa kali Sarah mengeluh. Orang yang tidak ada kaitan dengan masalah Sarah pun boleh sama-sama join acara mengeluh berjemaah!

Berat benar rasanya masalah yang ditanggung oleh Sarah!

"Haih, anak dara sorang ni mengeluh bukan main kuat. Dari tadi maktok dengar, ada masalah ke?"

Zaihah sudah tidak boleh berdiam diri sahaja bila melihat muka ayam berak kapur milik cucunya, Sarah.

Risau juga kalau ada masalah besar yang sedang berserabut di kepala cucunya. Jaranglah nak nampak Sarah yang ceria itu berada dalam keadaan seperti sekarang.

...

"Ala maktok, biasalah bila stress sikitkan mesti Sarah rasa macam nak mengeluh sepanjang hari... Padahal tak ada benda sangat pun masalah Sarah ni."

Sarah masih lagi bermain tarik tali dengan Zaihah! Sengaja mahu buat emosi Zaihah makin tidak keruan bila mendengar jawapan yang tidak menyenangkan hati tuanya.

Hahaha.

...

"Sarah nilah, janganlah buat maktok tak senang hati. Jawapan macam tu bukan boleh buat maktok lelap mata kejap nanti! Cepatlah share dengan maktok, atau Sarah nak maktok bagitahu Encik Ilyas dan Puan Indah kesayangan tu, hmm?"

Sarah ingat dia seorang sahaja banyak akal dan helah? Zaihah pun ada helah sendiri yang paling berkesan untuk pastikan cucunya membuka mulut dan bercerita dengan dirinya.

'See the leg-lah sikit! Ini maktok Sarah kot! Mestilah tangkas bertindak!'

Zaihah sudah tersenyum kemenagan bila melihat muka kelat-kelat Sarah. Nampak sangat senjatanya masih lagi berkesan dan berbisa walaupun sudah sering sangat dia gunakan!

...

"Maktok tahu tak yang dah nak dekat seminggu juga Sarah ada kawan sekerja?"

Sarah mulakan penceritaannya dengan memberikan soalan kepada Zaihah yang masih setia menunggu dirinya bercerita.

"Tahu. Tapi tak ingat sangat siapa nama kawan kerja Sarah yang haritu Sarah cerita. Kenapa? Sarah bergaduh ke dengan dia?"

Serkap jarang Zaihah yang tak berapa nak mengena tapi hampir-hampir mengena.

"Tulah maktok, Sarah bukannya bergaduh macam mana pun tapi Sarah rasa Mia Arissa tu macam tak puas hati je dengan kewujudan Sarah dekat rumah Aunty Hanim tu."

Lah pulak dah?

Sudah menjadi kebiasaan bila orang bercerita, Zaihah memang jarang sangat memotong atau menyampuk apa-apa. Tapi kalau jalan cerita dah macam jalan cerita tamil dan berbelit, memang Zaihah akan buka mulut dan bertanya terus. Tak mahulah sesat sendirian!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now