25

76 13 10
                                    

Imbas kembali: Situasi 2

Nuh dan Mia Arissa sudah jarang berjumpa atas sebab jadual kerja Nuh yang agak padat untuk beberapa bulan akan datang.

Sudah hampir 2 bulan juga mereka jarang menghabiskan masa bersama seperti selalu.

Walaupun begitu, Nuh tidak pernah lupa untuk bertanyakan khabar dan kadang-kadang tu Nuh akan mencuri sedikit masa untuk berjumpa empat mata dengan Mia Arissa.

...

"Sayang, can we meet today?"

Suara Mia Arissa kedengaran sedikit serak seperti baru bangun tidur.

Nuh terus melihat jam tangan yang tersarung kemas di pergelangan tangan kirinya.

1.45 petang.

"You baru bangun ke Mia?"

Sengaja bertanyakan soalan itu.

"Emm, haah I just woke up sebab semalam I tak boleh tidur..."

Banyaklah dia punya tak boleh tidur!

Dah kalau malam ambik alih tugas burung hantu ; berjaga sepanjang malam, memanglah kesiangan bangunnya!

...

Nuh mengiyakan sahaja walaupun dia tahu punca utama kenapa Mia Arissa 'tidak boleh tidur'.

Apa lagi kalau bukan ke tempat kesukaan Mia Arissa pada setiap malam.

...

"Sayang, I tanya boleh tak I nak jumpa you hari ni?"

Sekali lagi soalan yang sama diutarkan.

"I don't think we can meet today since my schedule is quite packed. How about next week, Mia?"

Jawapan yang Nuh sudah susun sehabis baik untuk memastikan mood teman wanitanya baik-baik sahaja. Tidak mahulah ada yang kena petir pada tengah-tengah hari terik ni. Jelas sekali yang Nuh sudah masak sangat dengan perangai Mia Arissa yang kuat sangat merajuk itu.

Kalau nak pujuk bukan setakat bagi bunga tapi cara paling berkesan adalah dengan membawa Mia Arissa keluar membeli belah. Boleh gugur sehelai-sehelai rambut lebat Nuh kalau macam itu gayanya!

Silap hari bulan, Nuh terpaksa membuat rawatan tanam rambut di mana-mana kedai rawatan rambut yang terdekat!

...

"Tapi sayang, kita dah lama tak spend time together."

Masih lagi mencuba nasib memujuk Nuh untuk bersetuju dengan rancangannya hari itu.

Haruslah Mia Arissa mencuba sehabis baik sebab dia hendak mengajak Nuh berbelanja 'beberapa' keperluan dirinya.

Keperluan lah sangat!

Lebih tepat lagi KEHENDAK

Penambahan maklumat: dengan menggunakan duit Nuh.

...

Apa masalah perempuan ni pun aku tak pasti. Malas betul nak bekerja tu kenapa?

...

"Tak boleh Mia. I dah ada janji dengan client untuk jv art work dengan studio I. I nak kena tunjuk our proposal on this art project. Bukan senang team I nak dapat peluang ni, I harap sangat you faham. I janji next week kita jumpa."

Nuh memang sabar orangnya. Kalau orang lain, memang sudah lama agaknya angkat kaki meninggalkan wanita seperti Mia Arissa ini. Dah lah suka mendesak!

Angkat kaki siap dengan pakej bagi kaki kepada Mia Arissa.

...UNTUK SARAHKde žijí příběhy. Začni objevovat