6

101 16 13
                                    

Kali ini Sarah sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan!

Dia keluar sedikit awal dan sempat juga singgah membeli sarapan di McDonald's untuk bersarapan.

Sebab tidak terkejar-kejar, jadinya Sarah makan dengan aman dan santai di dalam kereta sambil mendengar playlist di Spotify.

Rela nyanyian Ainina Hasnul menjadi peneman paginya.

Check this out, guys!

...

Dan kali ini dia tidak bersarapan di rumah Hanim.

Perutnya taklah kenyang mana tapi seleranya hilang tiba-tiba.

Nervous ke tu?

...

"Sarah dah sarapan?"

Ramah Hanim menyapanya.

"Dah, tadi."

Ringkas Sarah membalas.

Hanim hanya menganggukkan kepala sahaja sebagai respon.

...

Sedang dua wanita itu berborak, suara lelaki yang kelmarin Sarah dengar sudah semakin dekat dengan arah mereka berdua.

...

"Bondaaa..."

Kerutan di dahi Sarah mula kelihatan.

'Kak Mas ada bagi makan Doritos masak asam pedas ke dekat orang dalam rumah ni semalam?'

Sebab semacam sahaja suara lelaki itu.

...

Makin lama makin jelas suara itu.

Tuan badan juga turut berada di ruang makan.

...

"Bondaaa..."

Sekali lagi suara itu berbunyi.

'Sah, Kak Mas masak asam pedas Doritos dan lelaki ni termakan!'

Meremang bulu roma Sarah bila mendengar rengekkan seperti anak kecil milik lelaki yang berdiri di antara dirinya dan Hanim itu.

...

"Sayang, kenapa ni?"

Hanim seperti tidak menghiraukan pandangan pelik Sarah.

...

"Nuh mimpi bonda tinggalkan Nuh..."

"Bonda tak balik jumpa Nuh once you leave me..."

Nuh.

'Anak jagaan' Sarah Ilyas.

...

Lelaki bertubuh tegap tapi bila dengar intonasi suaranya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun!

Hanim meminta Nuh untuk tenangkan diri.

Dia memeluk badan anak lelakinya.

...

"Nuh duduk dulu. Kita sarapan sama-sama."

Nuh patuh sahaja dengan arahan Hanim.

...

"Sarah, ni anak aunty. Nuh."

Sarah sudah terangguk-angguk.

Otak sedang mencerna segala kata-kata Hanim saat itu.

...

"Nuh."

"Hai, Nuh!"

Bila Sarah menyebut nama itu, lelaki yang duduk berdepan dengannya itu tertunduk malu.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now