36

75 12 12
                                    

Apabila melihat air mata yang turun membasahi muka Mia Arissa, hati lelaki Nuh seperti tidak berperasaan.

Seakan mati.

...

Mungkin sudah masak benar dengan drama sebabak lakonan terunggul Mia Arissa.

...

"You habiskanlah air mata you dulu, bila dah rasa penat nak berdrama, baru bercakap."

Sedas, bull-eye!

...

"Apa-apa just panggil jelah. I nak naik bilik dan mandi. Do whatever suits you - best."

Strike!

...

Mia Arissa sudah sebal apabila mendengar ayat-ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu.

Zaman sekarang, orang tak berapa gemar drama air mata, kakak!

Cara nak sejukkan hati orang dengan menggunakan air mata ni, dah tak relevant untuk diguna pakai untuk zaman covid-19 ni.

Sila ambil cacatan bahawa DRAMA AIR MATA MIA ARISSA SUDAH TIDAK 'BERBISA'.

...

Apabila susuk tubuh Nuh sudah menghilang dari pandangan mata, terus sahaja Mia Arissa mengelap air matanya dan macam biasa mulut tidak pernah lengang dengan cacian.

...

"Bodoh! Kau gula-gulakan aku ye. Kenapalah kau tak kekal biol macam sebelum ni!"

Apalah nak jadi, orang sepatutnya gembira bila dapat tahu khabar baik. Ini tidak. Malah makin mendoakan keburukan je...

...

Ikutkan hatinya memang dia mahu lekas-lekas pergi dan meninggalkan rumah keluarga Nuh tetapi niatnya terbantut apabila suara Hanim yang mengajaknya masuk.

...

'Kau tahulah nasib kau, Nuh!'

Dalam hati sempat lagi Mias Arissa mengertak.

...

Bukan 10 minit mereka menunggu Nuh untuk turun ke bawah untuk bersarapan bersama, tetapi sudah hendak masuk 50 minit lamanya!

...

Daripada teh tarik buatan Kak Mas masih panas sampai sudah sejuk dibuatnya!

...

Lama betul ye.

Haruslah lama, sebab Nuh memang sengaja tidak mahu bertemu dengan Mia Arissa.

...

"Nuh, kenapa lama sangat dekat atas tu? Kesian Mia tunggu Nuh. Bonda baru nak sarapan sama-sama tadi, tapi lama sangat Nuh ambil masa. Kami semua dah kenyang dah..."

Biasalah kalau dah namanya ibu, memang sudah menjadi kelaziman dan kemestian untuk membebel anak-anak.

Heheh...

...

Kemestian? Ada ke eh perkataan ni?

...

"Lah, ada lagi? Ingat dah balik dah tadi."

Mendatar sahaja suara Nuh saat itu.

...

Perasaan malu yang sudah diusir jauh sebentar tadi, kini datang bertandang semula.

...

'Celaka punya jantan! Sengaja kau malukan aku!!'

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now