52

60 8 11
                                    

"Kau kena berani untuk berdepan dengan Nuh, Mia! Sejak bila kau jadi pengecut?"

Mia Arissa tegak berdiri di hadapan pagar kecil rumah keluarga Nuh.

...

Mia Arissa yang sopan mengenakan sehelai blouse longgar bewarna champagne dan dipadankan dengan sehelai kain berpotongan princess bewarna off white itu cukup menaikkan seri wajahnya.

Tudung juga warna senada.

...

"Bismillah!"

...

Sementara itu, Kak Mas sudah siap-siap hendak membersihkan kawasan luar rumah majikan itu terhenti seketika.

"Siapa pula depan rumah ni? Tak dengar pula orang beri salam ke apa..."

...

"Assalamualaikum, cik cari siapa?"

Mia Arissa yang berdiri membelakangi pagar itu sedikit terkejut dengan sapaan lembut Kak Mas.

...

Nafas dihembus perlahan.

...

"Just face it, Mia!"

Seakan-akan membisikan kata-kata semangat.

...

Mia Arissa menoleh menghadap suara Kak Mas.

...

"Waalaikumussalam..."

Kak Mas masih menanti jawapan daripadanya.

...

"Cik cari siapa? Ada urusan dengan orang dekat rumah ni ke?"

Kak Mas seperti tidak cam dirinya.

...

"Kak Mas, saya nak jumpa aunty dengan Nuh, boleh?"

Masih bernada perlahan.

...

Mia Arissa segan dan malu sangat untuk berhadapan dengan wanita di depannya. Kerana banyak kata-kata nista yang keluar daripada mulutnya buat wanita sebaik Kak Mas itu.

...

"Cik kenal saya? Err kejap, ni Cik Mia Arissa ke?"

Lama juga baru Kak Mas sedar tentang satu hal itu.

...

"Ya, saya Kak Mas..."

"Ya Allah, tak cam akak dengan imej baru Cik Mia. Cantik sangat..."

"Akak doakanlah saya istiqomah."

"Jomlah masuk. Tadi kata nak jumpa Puan dengan Nuh kan..."

"Err kejap kak."

"Kenapa tu?"

...

Mia Arissa seperti menahan Kak Mas daripada mengajaknya masuk untuk bertemu dengan Hanim dan nuh.

...

"Saya nak minta maaf dengan akak atas apa yang saya pernah buat dulu. Saya sedar sepanjang saya kenal akak, saya tak pernah layan akak baik-baik. Saya treated akak so badly. Saya cakap kasar dengan akak. Saya minta maaf sangat-sangat dengan akak..."

Tubir matanya sudah sedikit hangat.

...

Kak Mas tanpa kata terus sahaja mengusap belakang Mia Arissa, perlahan.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now