19

68 12 10
                                    

@ Tok & Maktok's

Seperti yang dijangka!

Memang kelam kabut dibuatnya suasana di rumah corner lot milik Umar dan Zaihah. Punca utama berpunca daripada Saif dan Sarahlah, siapa lagi kan?

...

"Tok dah cakap kemas awal-awal tapi korang dua buat fàngsōng (relax)! Sekarang ni masih tak siap packing. Sorang tok tengok masih tercongok depan almari dengan harapan baju-baju tu boleh terlipat sendiri masuk dalam luggage. Sorang lagi pula tengah sibuk mencari polaroid tengah-tengah ruang tamu."

Selepas Umar membebel dan memerli kedua-dua cucu kembarnya, isterinya pula mengambil alih tugas 2M itu (membebel dan memerli)!

#SehatiSejiwa

...

"Cuba jadi macam maktok dengan tok. Seminggu lagi nak flight, kami dah siap packing our stuff. Both of you memang suka procrastinate tau. Maktok bukan nak membebel tapi dah kalau lagi beberapa jam nak bertolak ke KLIA baru kalut-kalut macam ni siapa je tahan mulut dari membebel!"

Fuhh memang umpphhh ayat orang-orang otai ni.

#OtaiMasihBerbisa

...

"Tok, kita nak gerak ke KLIA lagi 6 jam tau.  Màn man lái!"

Saif yang masih mencari di mana letaknya polaroid cameranya itu sedang mencuba nasib menenangkan Umar dan Zaihah.

...

Sarah yang masih di biliknya memang tak danlah nak meng-màn man lái-kan tok dan maktoknya di bawah. Dia tahu nasibnya akan sama dengan Saif. Mesti sudah bernanah telinga abang kembarnya kena berleter dengan dua otai itu.

"Nasib kaulah Saif kena leter. Siapa suruh letak camera sepah-sepah!"

Sarah terus mencapai beberapa helai baju dan seluar yang bakal dibawa bersama terbang ke Brunei. Tak banyak mana sebab dia tahu di rumah keluarganya di sana, memang sudah tersedia bajunya.

"Kalau tak cukup juga baju, ajak jelah ayah beli baju baru! Ngehee!"

Kalau bab 'mengetuk' duit memang Sarahlah jaguh!

Alah, anak orang lain pun mesti ada skill mengetuk macam Sarah juga kan?

...

Satu jam juga Sarah menghabiskan masa mengemas baju dan keperluannya yang lain. Selepas memastikan buku dan journalnya sudah dimasukkan ke dalam The Traveller Tote Bag by Marc Jacobs hadiah pemberian Ilyas dan Indah, Sarah turun ke bawah. Kotlah ada benda yang dia boleh tolong. Tak pun tolong Saif mencari film pula kan?

...

"Saif dah jumpa ke camera? Film dia kau ada tak?"

Sarah sedang memainkan watak adik prihatin!

...

"Dah. Ada dalam almari Blu-ray."

"Okay."

"Sarah, kau ada film lebih? Kalau ada, aku nak hehe..."

"Okay. Aku dah bawa dah. Nanti kau minta bila kau nak guna. Tok mana?"

"Dekat dapur kot. Okii bestie, thank you!"

Pengaruh Sarahlah ni sampaikan Saif pun terikut trend 'bestie'!

...

KLIA ✈️

"Saif, aku rasa tok dengan maktok ni suka lepak airport lama-lama weh!"

Sarah sudah kebosanan bertapa di KLIA tapi nasib baiklah buku The Amateurs by Sara Shepard dibawa bersama kalau tidak memang boleh pengsan akibat kebosanan!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now