🍁 - Bab 50

3.5K 94 0
                                    

Pintu rumah itu dibuka dengan perlahan, wajahnya memang jelas seperti orang yang tidak bertenaga. Beg galas dan juga assignment diletakkan dia atas meja tersebut. Tanpa memandang ke kawasan lain, dia menuju ke arah coway untuk mengambil air. Terasa kering di tengkuk.

Kakinya masih lagi bergerak dengan perlahan, selesai sahaja air penuh di dalam gelas, dia menuju ke arah kerusi dan melabuhkan punggungnya perlahan-lahan. Dinding dapur itu dipadang dengan tenungan.

Air itu tidak diminum malah gelas tersebut digenggam dengan kuat, macam-macam benda yang bermain difikirannya. Assignment masih belum siap, pergaduhan dia dan Aryan, juga tidak pernah berbaik walaupun sudah 10 tahun berlalu. Rashida yang ingin dia menderita. Semua serabutkan fikirannya.

"Arghh! Stressnya!" Rambutnya digenggam.

Beberapa saat kemudian, Kalsom muncul dipintu dapur, mungkin baru lepas menyindai pakaian. Ellysha perasan tetapi tidak menegurnya, Kalsom yang nampak Ellysha berwajam musam itu agak pelik sedikit.

Baldi ditangan Kalsom diletakkan ditepi mesin basuh tersebut dan dia berjalan dan berdiri dihadapan Ellysha, kedudukan mereka seperti memandang satu sama lain tetapi memiliki meja ditengah antara mereka. Ellysha masih diam tanpa memandang Kalsom. Meja menjadi tatapan.

"Qaira, Qaira okey ke? Awalnya Qai balik rumah, Qai ada sakit mana-mana ke, balik awal ni?" Soal Kalsom sedikit risau tengang wanita dihadapannya itu. "Qaira?"

Ellysha tidak membalas kata-kata Kalsom, malah dia hanya membisukan diri dan memandang meja sambil memegang gelas tersebut. Kalsom sedikit risau, selalunya kalau dia tanya, Ellysha akan terus jawab tapi kali ini tidak..

"Qaira kenapa ni? Kalau Qai sakit.. Qai beritahu Mak Som. Mak Som boleh beritahu Puan Sri untuk bawak Qai pergi klinik, chek" Kalsom masing lagi berlembut dengan Ellysha.

Ellysha tetap mendiamkan dirinya.

"Qai...Qai dengar tak Mak Som cakap dengan Qaira ni?" Tegur Kalsom apabila Ellysha langsung tidak membalas percakapannya tadi.

Ellysha melepaskan gelas tersebut dan bermain dengan jari jemarinya sendiri. Jari jemarinya dipandang kerana tidak mahu bertentang mata dengan Mak Som.

"Qai.." - Kalsom

"Qai stress, Mak Som" potong Ellysha perlahan. Suaranya kedengaran sayu.

Kalsom mengeluh lega apabila Ellysha membalas percakapannya, dia mati-mati ingat Ellysha sakit atau ada cedera di mana-mana.

"Kalau Qai stress.. kena kenalah selalu berselawat, berzikir dan solat ataupun pergi bersenam untuk menghilangkan stress. Qai tak boleh nak diam dan termenung macam ni.." tegur Mak Som perlahan "Qaira mesti fikir pasal keluarga Qaira dekat sana kan? Qaira tak boleh terus macam ni.."

Ellysha memandang Kalsom dengan pandangan yang tajam, seperti seseorang yang pyscho pun ada. Dia benci bila berbual tentang keluarga yang tidak dihadap keluarganya.

"Kalau Qai maafkan ayah Qai.. mesti Qai tak akan stress dan selalu menderita macam ni.. kita bukan sesiapa...kita orang biasa dan setiap manusia ada buat salah dan silap, kita sebagai manusia juga mesti memaafkan sesiapa yang berbual salah sedangkan nabi maafkan um..." belum habis Kalsom bersuara Ellysha memotong.

Ellysha bangun dari duduk dengan kasar dan menumbuk meja tersebut akibat bengang dengan Mak Som. Kalsom yang bersuara itu terhenti apabila Ellysha tiba-tiba sahaja mengamuk dan membuatnya terperanjat, kenapa dengan Ellysha yang berubah tiba-tiba?

"Kenapa Mak Som nak kena cakap pasal orang tua tu. Tak habis-habis nak cakap pasal orang tua tu, kenapa? Errysha, Syafiq, Sophia, Azura.. semua nak suruh Qai maafkan orang tua tak guna tu. Termasuk Mak Som! Kenapa?! Macamlah korang tak tahu apa lelaki tu dah buat dekat Qai dengan Qisya.. ingat senang ke nak maafkan dia?!" Jerkah Ellysha dengan kuat, membuatkan Kalsom terkejut beruk.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now