🍁 - Bab 56

3.2K 99 6
                                    

Ellysha menuju ke arah bag assignment dia, dan mengambil satu sampul surat yang berisi kertas A4. Tanpa membuang masa, dia keluar dari bilik segera menuju ke arah bilik Aryan.. dia tidak rasa apa-apa ketika itu, janji sampul tu sampai dekat tangan Aryan.

Tidak beri salam, apatah lagi nak ketuk. Terus dia terjah masuk ke dalam bilik itu dengan selamba badak. Dia berani okay, Aryan dah jadi suami dia. Kakinya jalan sedikit ke hadapan. Terbeliak biji mata Ellysha.

Mak aiii.. besarnya bilik dia. Ada tv, ada meja, ada kusyen. Bilik Aryan dua ganda besar dari bilik dia dan Errysha yang kena kongsi tu. Sejujurnya ini adalah kali pertama dia masuk ke dalam bilik Aryan, selama ini dia tidak berani. Ya la takut jatuh fitnah.

Mata Ellysha merayau-rayau sekeliling sehingga lah bertentang mata dengan Aryan. Dia sedikit terkedu dan tergamam.

"Ellysha?" Aryan sedikit terkejut .

Ellysha berdehem sedikit untuk cover dirinya yang terdiam tadi. Buat malu je mata merayap-rayap dalam bilik orang. Kaki dia mendekati Aryan.

"Aku nak bagi ni.." sampul itu diserahkan kepada Aryan.

"Apa ni?" Soal Aryan pelik, dia tak ambil pun.

"Ambil dan baca sendiri, takkan tak pandai baca" balas Ellysha dalam nada yang tenang, malas dia nak jawab apatah lagi tolong bacakan. Bukannya Aryan bukan tak reti membaca.

Aryan pun mengambil sampul itu tanpa banyak soal. Sempat lagi pandang Ellysha yang berpeluk tubuh dengan ekor mata. Isi dalam sampul itu, dikeluarkan. Surat apa pulak dah ni ? Ellysha hanya berpeluk tubuh. Terus surat itu dibuka dari lipatan.

Berkerut dahi Aryan membaca.

KONTRAK PERJANJIAN PERKAHWINAN

Aryan terus tutup kertas itu dan dilipat semula. Ellysha dah pelik, kau baca ke tak ni? Cepatnya baca. Kertas itu dihulurkan kembali kepada Ellysha.

"Aku taknak baca. Kontrak perjanjian apa? Kau baru je, jadi isteri aku semalam. Kau dah cakap pasal cerai? Apa kata mama papa nanti" soal Aryan tegas. Dia taknak terima kontrak tu. Memang tak la. "Gila ke?"

"Ehh bukan.. ini bukan pasal cerai" celah Ellysha pantas.

"Habis tu?"

"Cerai tu aku belum fikir bila lagi.. tapi Ini kontrak perjanjian dalam perkahwinan kita ni, ada syarat-syarat kau perlu patuhi.. aku dah senaraikan semua apa yang kau tak boleh buat terhadap aku.. kau kena ikut perjanjian ni. Wajib" balas Ellysha dalam senyuman. "Tak banyak pun. Sehelai kertas sahaja"

Kecik besar, kecik besar sahaja dia perhati Ellysha.

"Baca lah. Jangan jadi pemalas sangat" selamba Ellysha mengata suaminya

Nak taknak.. Aryan baca juga , dia nak tahu juga apa yang Ellysha tak bagi dia buat.. aku baca je la seperti yang diminta, tak ada nyee aku nak terima apa-apa syarat dalam perkahwinan ni. Bisik hati kecil Aryan.

Pertama, tidak boleh mengaku Ellysha isteri Aryan Mikael kepada sebarangan orang. Semua tak boleh . (Hanya boleh jika Ellysha yang mengizikan)

Ini Ellysha pernah kata padanya.. sambung membaca.

Kedua, tidak boleh ambil tahu tentang hidup Ellysha, ke mana dia pergi, dia dengan siapa , apa dia buat... Jangan ! Aryan buat hal sendiri dan Ellysha buat hal sendiri.

Aryan memandang Ellysha.

"Yang kedua ni.. kenapa pula aku tak boleh tahu mana kau pergi, apa kau buat, dengan siapa kau keluar. Kenapa? Aku suami kau kan. Kena lah tahu semua tu. Kena minta izin" Aryan sedikit tidak berpuas hati.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now